Wednesday, December 31, 2008

"USAHA JAYA DIANA TRADING"

Setelah sekian lama memikirkan maka wujudlah "USAHA JAYA DIANA TRADING" iaitu sebuah syarikat yg akan merealisasikan impianku sejak dibangku sekolah lagi. "USAHA JAYA DIANA TRADING" telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkuatkuasa pada 26 Disember 2008 - 25 Disember 2010 dan ini menunjukkan yang DIANA benar-benar serius untuk memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun DIANA masih lagi memikirkan nama komersial yang sesuai untuk perniagaan ini.

Untuk permulaan, perniagaan ini akan dijalankan secara kecil-kecilan dirumah. Bukan mudah untuk memiliki butik kecantikkan sendiri kerana ia memerlukan masa, wang, pengorbanan serta perancangan yang betul.

Perniagaan ini merangkumi;

  1. Rawatan Muka
  2. Persolekan Dan Dandanan Rambut
  3. Andaman Pengantin
  4. Mengedar/menjual barang-barang kecantikan
  5. Mengedar/menjual pakaian serta aksesori

Buat masa ini DIANA akan focus kepada Solekkan serta Andaman Pengantin. Ini kerana DIANA memang suka kepada kecantikkan. Kecantikkan ini bukan tertumpu kepada wajah semata-mata tapi ia merangkumi kebersihan, jiwa dan kesihatan diri. Oh yea, jangan lupa personaliti anda kerana itu pun penting juga.

Untuk pengetahuan semua DIANA pernah mengikuti Khusus Kecantikkan selama 2 tahun dan memiliki Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia (MLVK) didalam bidang Solekkan serta Dandanan Rambut. DIANA juga pernah bekerja sebagai Beauty Consultant di Sariayu Martha Tilaar dan mempunyai pengalaman bekerja di Perfection Salon bertempat di Plaza Yow Chuan, Jalan Ampang seketika dulu. Tidak lupa juga DIANA mengikuti khusus anjuran MARA iaitu Program Latihan Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) pada tahun 2006. Selain dari itu DIANA juga menghadiri workshop untuk membuat aksesori wanita sebagai ilmu pengetahuan. Pada masa yang akan datang DIANA akan mempersiapkan diri mengikuti khusus-khusus yang akan dianjurkan untuk memantapkan lagi kerjaya baru ini.

Inilah azam DIANA untuk tahun 2009. Oleh itu sokongan dari keluarga, kawan-kawan serta kenalan amatlah diperlukan.

Sedikit pengalaman untuk DIANA sharekan pada semua bahawa sebelum ini DIANA pernah menjadi Jurusolek untuk Majlis Pertunangan serta Make up Dinner secara kecil-kecilan tetapi jika membabitkan Majlis Perkahwinan DIANA merasa takut. Tugas mencantikkan orang bukan mudah.Walau bagaimanapun, DIANA telah menyahut cabaran untuk menjadi Jurusolek kepada sepupu DIANA sendiri pada August 2008 sempena hari perkahwinannya.

Disini DIANA lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan umum;

Before (Photo_1)