Tuesday, December 1, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Nik Hafidza dan Haniz 21 Nov 2009 (Sabtu)



Selamat Pengantin Baru buat Nik Hafidza dan Haniz
21 Nov 2009 (Sabtu)

Seawal 8.00 pagi Diana sudah berada dirumah kakak Nik di Taman Setapak Jaya utk Majlis Pernikahannya. Kebetulan Nik Hafidza serta kakaknya, Nik Fauziah adalah rakan sepejabat semasa di Ranhill dulu.

Tidak sukar untuk menyolek Nik kerana sebelum nie untuk Majlis Pertunangan Nik pada bulan yang lepas Diana juga yang make-upkan...Terima kasih diucapkan kepada Nik kerana memberi kepercayaan kepada Diana untuk menyoleknya pada hari yang berbahagia ini. Oleh kerana itu Diana memastikan Nik ayu dan jelita pada hari bahagianya. Alhamdulillah setelah 2 jam inilah hasilnya dan yang paling penting Nik berpuas hati.







Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DI UCAPKAN KEPADA

SEMUA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG USAHAJAYA DIANA.

SEMOGA RAYA INI MEMBERI SERIBU KEMANISAN SERTA KEGEMBIRAAN.

Tuesday, July 14, 2009

Koleksi Pakaian Pengantin & Photoshoot Session


UJD ada menyediakan Koleksi Pakaian Pengantin untuk disewa.
Kepada yang berminat bolehlah call / sms atau emailkan kepada kami.
Pakaian : Andaman D'Ana
Aksesori : Andaman D'Ana
Make-up : Andaman D'Ana
Photographer : Nur Muhammad

Sunday, June 7, 2009

Makeup Outdoor Photoshoot (Shuhaiba), Kompleks Penjara Kajang


Setelah selesai membuat makeover untuk isteri Ghazali, Diana bergegas pula ke Kompleks Penjara Kajang untuk membuat makeup outdoor photoshoot. Berpusing-pusing juga Diana mencari jalan akhirnya dengan bantuan officemate (Raslan) akhirnya Diana sampai juga. Job nie pun secara kebetulan memandangkan member Diana ni perlu ke Shah Alam. 

Tepat jam 4.00 petang, Diana start menyolek Kak Shuhaiba dan tugas ini memang mencabar dengan keadaan bilik yang agak panas tetapi tidak mematahkan semangat Diana untuk meneruskan tanggungjawab yang diberikan. Sambil-sambil tu berboraklah ngan cik abang yg sedia menanti dengan sabar. Dan akhirnya, siap sudah.

Memandangkan Photoshoot diadakan diPutrajaya so tak dapatlah Diana ikut.  So ini sahaja gambar yang sempat Diana ambil. Insya-Allah, kalau Diana dapat gambar dari Kak Shuhaiba nanti Diana akan postkan disini untuk tatapan semua.

Ghazali serta pasangan (Batu 13, Kajang)




Kali ini Diana ditugaskan untuk mentatarias pasangan dari Batu 13, Kajang. Majlis ini akan diadakan di dewan so agak mudah untuk Diana menjalankan tugas dirumah pengantin lelaki. Diana dijemput oleh Ghazali (pengantin lelaki) pada jam 10.00 pagi yang tersenyum simpul menanti kehadiran kami. Kelihatan isteri Ghazali sudah pun bersedia untuk ditatarias. 

Setelah 2 jam akhirnya pasangan Ghazali siap disolekkan. Dan inilah hasilnya. Ghazali pun apa kurangnya segak bergaya umpama laksamana Hang Tuah. Apa pun Diana ucapkan terima kasih kepada Ghazali serta pasangan yang begitu sporting begitu juga ahli keluarga Ghazali yang lain. Akhir kata Diana ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke anak cucu.