Sunday, January 4, 2009

Nik's Engagement

Alhamdulillah, pada Disember 2008 yang lepas DIANA ditugaskan untuk menyolek seorang teman untuk majlis pertunangannya. Beliau telah memaklumkan bahawa beliau inginkan solekan yang natural dan tidak keterlaluan. Alis keningnya tidak dicukur kerana menghormati keputusan beliau.

Walaubagaimana, itu tidak menjadi satu masalah bagi DIANA kerana apa yang penting adalah kepuasan hati pelanggan. Apa pun DIANA sangat bersyukur kerana majlis pertunangannya berjalan dengan baik dan DIANA dimaklumkan ramai yang memuji beliau kelihatan anggun dan menawan.

Disini DIANA lampirkan beberapa gambar untuk tatapan.

Gambar sebelum & selepas


1 comment:

Azhar said...

Tahniah kerana sudah berjaya membuat blog sendiri.Aku percaya kepada 'capability' kau..

Amin