Sunday, June 7, 2009

Makeup Outdoor Photoshoot (Shuhaiba), Kompleks Penjara Kajang


Setelah selesai membuat makeover untuk isteri Ghazali, Diana bergegas pula ke Kompleks Penjara Kajang untuk membuat makeup outdoor photoshoot. Berpusing-pusing juga Diana mencari jalan akhirnya dengan bantuan officemate (Raslan) akhirnya Diana sampai juga. Job nie pun secara kebetulan memandangkan member Diana ni perlu ke Shah Alam. 

Tepat jam 4.00 petang, Diana start menyolek Kak Shuhaiba dan tugas ini memang mencabar dengan keadaan bilik yang agak panas tetapi tidak mematahkan semangat Diana untuk meneruskan tanggungjawab yang diberikan. Sambil-sambil tu berboraklah ngan cik abang yg sedia menanti dengan sabar. Dan akhirnya, siap sudah.

Memandangkan Photoshoot diadakan diPutrajaya so tak dapatlah Diana ikut.  So ini sahaja gambar yang sempat Diana ambil. Insya-Allah, kalau Diana dapat gambar dari Kak Shuhaiba nanti Diana akan postkan disini untuk tatapan semua.

Ghazali serta pasangan (Batu 13, Kajang)




Kali ini Diana ditugaskan untuk mentatarias pasangan dari Batu 13, Kajang. Majlis ini akan diadakan di dewan so agak mudah untuk Diana menjalankan tugas dirumah pengantin lelaki. Diana dijemput oleh Ghazali (pengantin lelaki) pada jam 10.00 pagi yang tersenyum simpul menanti kehadiran kami. Kelihatan isteri Ghazali sudah pun bersedia untuk ditatarias. 

Setelah 2 jam akhirnya pasangan Ghazali siap disolekkan. Dan inilah hasilnya. Ghazali pun apa kurangnya segak bergaya umpama laksamana Hang Tuah. Apa pun Diana ucapkan terima kasih kepada Ghazali serta pasangan yang begitu sporting begitu juga ahli keluarga Ghazali yang lain. Akhir kata Diana ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke anak cucu.