Sunday, June 7, 2009

Ghazali serta pasangan (Batu 13, Kajang)




Kali ini Diana ditugaskan untuk mentatarias pasangan dari Batu 13, Kajang. Majlis ini akan diadakan di dewan so agak mudah untuk Diana menjalankan tugas dirumah pengantin lelaki. Diana dijemput oleh Ghazali (pengantin lelaki) pada jam 10.00 pagi yang tersenyum simpul menanti kehadiran kami. Kelihatan isteri Ghazali sudah pun bersedia untuk ditatarias. 

Setelah 2 jam akhirnya pasangan Ghazali siap disolekkan. Dan inilah hasilnya. Ghazali pun apa kurangnya segak bergaya umpama laksamana Hang Tuah. Apa pun Diana ucapkan terima kasih kepada Ghazali serta pasangan yang begitu sporting begitu juga ahli keluarga Ghazali yang lain. Akhir kata Diana ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke anak cucu. 

No comments: