Tuesday, December 21, 2010

Faiza - KISSC Gala Dinner

Hi semua, agak lama Diana tak update blog yea. Maaflah sebab kebelakangan ini Diana agak sibuk dengan tugas-tugas pejabat. Walaubagaimanapun bidang mekap tidak dilupakan kerana ini memang minat Diana sejak dulu lagi.

Sesibuk manapun sempat juga Diana mekapkan adik Diana untuk Majlis Gala Dinner minggu lepas. Mekap kali ini hanya biasa-biasa sahaja kerana permintaan suami adik Diana yang tak mahu over. Kononnya nak natural sahaja. Disebabkan permintaannya itu terpaksalah Diana ikut.
Orang putih ada bilang "Customer is always right" hehehehhee.

Gambar pun hanya ini yang sempat diambil melalui camera handphone, agak kurang jelas juga tapi jadilah yea dari tak ada langsung.









Bersama rakan pejabat

Tuesday, November 23, 2010

Nadzirah & Nabilah (Photoshot Mekap)

Actually, Diana memang dah kenal dengan adik Nadzirah nie sebab beliau adalah adik ipar diana punya adik. Dulu kami pernah bekerja sama untuk photoshot pakaian pengantin, so tidaklah janggal buat diana.

Kebetulan pada petang itu tiada apa yang hendak di-buat di-rumah so berkesempatan untuk menenyeh muka Nadzirah serta kawannya Nabilah yang nak pergi photoshot. Lepas nie, mana tahu boleh jadi model terkenal. Hehehehhe.. apa pun good luck pada you all but perlu di-ingat pelajaran jangan di-lupakan okay.
















Sekali imbas muka Nabilah nie se-iras pelakon Wan Sharmila la plak. Hehehehehe

Tuesday, November 16, 2010

Day Mekap for Majlis Perkahwinan

Diatas permintaan, Anie meminta Diana untuk mekapkan mak dan adiknya pada majlis perkahwinannya dan of course Diana tidak keberatan untuk melaksanakannya. Mekap kali ini memang agak simple sangat kerana faktor masa kerana ingin memberi tumpuan kepada pengantin kita dan sememangnya Shikin dan Mak Cik Moon (Anak Beranak) inginkan mekap yang biasa-biasa sahaja. Yang penting mereka nampak fresh dan berlainan sedikit pada hari kebiasaan.














Sedondon pilihan anak beranak

Mekap pengapit untuk minit-minit terakhir atas permintaan pihak pengantin.
S
entuh simple sahaja kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Friday, November 12, 2010

Persandingan Anie & Zack

Gembira rasa hati bila perancangan menjadi kenyataan dan syukur juga pada illahi bila segala perkhidmatan yang diberikan dihargai. Terima kasih kepada Anie kerana memberikan diri ini sebahagian dari keluarga Anie. Rasa kejanggalan hilang dengan segala layanan yang diberikan oleh keluarga serta sanak saudara. Alhamdulillah.

Dikesempatan ini Along (panggilan Anie pada Diana) ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memilih Along untuk majlis bersejarah Anie.

Semoga Anie dan Zack bahagia hingga akhir hayat. Amin.












Imbasan Mekap Nikah & Persandingan

Monday, November 8, 2010

Anie persis wanita Pan Asian

Jam 1.30 tengahari Diana sudah berada dirumah Anie yang terletak di Kelumpuk Kenanga, Keramat Wangsa. Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 4.30 petang di Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa. Sengaja Diana datang awal kerana Diana dengan keluarga Anie sudah kenal lama bahkan kami ada pertalian saudara belah mak dan ayah. Bahkan ayah Anie memang rapat dengan Diana. Ingat lagi masa Diana kawin pun ayah Anie yang bersusah payah siapkan lauk pengantin dan meja pengantin untuk Diana. So kali ini anak dia yang akan naik pelamin dan turn Diana untuk membantu mencantikkan anaknya. Tq cik lan (panggilan untuk ayah anie).

Selain dari mencantikkan Anie untuk majlis pernikahan dan persandingan. Diana diminta oleh Anie untuk mencantikkan mak dan adiknya juga. Nantikan pics mereka yea. Sementara nie kita focus pada Anie dulu.

Tidak sukar untuk menyolek Anie dan setiap saat Diana tidak lupa untuk menbaca Al-Fatihah bagi mengurangkan gugup di hati Diana dan berdoa semoga majlis beliau berjalan dengan baik dan lancar. Apa yang seronok mak dan ayah saudaranya tak habis-habis memuji hasil solekkan Diana. Terima kasih pak cik mak cik, Diana cuba buat terbaik untuk Anie. Semuanya dari hati yang ikhlas dari Diana. Yang penting Anie kelihatan puas hati dan jelita sekali.















Monday, November 1, 2010

Makeup Trial_Anie

Minggu lepas berkesempatan untuk buat makeup trial untuk Anie kerana minggu ini majlis perkahwinan beliau akan berlangsung.

Insya-Allah, Diana ditugaskan untuk makeup akad nikah dan majlis persandingan pada
5 - 6 November 2010 nanti. Diharapkan semua berjalan lancar hendaknya.

Sementara itu jom kita layan gambar-gambar Anie dulu.


Anie bersama Shikin (adik-beradik)

Tuesday, October 12, 2010

Masjid Selat, Melaka Meriah ( 9 Oktober 2010, Sabtu)

Meriah sungguh pernikahan yang berlangsung di Masjid Selat, Melaka. Mana taknya, pernikahan secara beramai-ramai telah di anjurkan buat pertama kalinya di Negeri Melaka dan Rinie adalah salah seorang dari mereka.

Seperti yang dimaklumkan majlis pernikahan akan berlangsung pada 9.30 pagi dan memerlukan Diana untuk datang awal bagi memastikan Rinie anggun pada hari itu. Selepas subuh Diana bertolak dari Kuala Sungai Baru, Melaka ke Lake Garden Resort, Ayer Keroh dan seawal jam 7.30 pagi Diana sudah memulakan tugas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik tanpa gangguan. Bilik yang Rinie duduk pun more privacy so memudahkan Diana untuk memberikan tumpuan.

Setelah selesai Rinie diarak menaiki kereta Viva ke Masjid Selat. Wah ! Wah ! Class gitu...
Apa pun Diana rasa Rinie sangat meletop pada hari itu...hehehehe. Terima kasih kepada Rinie kerana memilih Butik Andaman D' Ana.

Dikesempatan ini, Kak Diana nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Ke Akhir Hayat. Amin.

Antara pengantin yang mengambil bahagian.

Thursday, October 7, 2010

Facial & Body Treatment

Inginkan kulit cantik, halus, mulus serta berseri. Apa kata kalau anda mencuba untuk membuat rawatan facial di tempat kami.

Kami menggunakan produk antarabangsa yang sememangnya berpatutan. Kini ramai suri rumah, cikgu sekolah yang berpuas hati dengan produk serta servis yang kami berikan.
Terima kasih kepada mereka kerana mempercayai kami.

Yang paling penting kulit yang dulunya kusam kini kembali berseri. Tidak perlu foundation tebal untuk menutupi kekurangan diri hanya sedikit bedak sudah mencukupi.

Apa lagi, hubungilah kami.

Essential Facial Treatment @ RM50

Signature 42 Facial Modeling Massage

Premium Facial Treatment @ RM80

Lightening and Brightening Facial Treatment @ RM100

Radiance and Lightening Pigmentation Facial Treatment

Rituals of Excellence Botox Treatment @ RM150

Body Back Treatment @ RM100

Body Massage @ RM100

Body Scrub @ RM100

Eyebrows Trim @ RM10


Thursday, September 23, 2010

Rinie Serba BIRU Dihari Pertunangan

Dikesempatan ini tidak terlewat rasanya untuk Diana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI serta MAAF ZAHIR BATIN kepada semua warga blogger baik yang Diana kenal atau hanya di alam maya. Syukur pada Allah, tahun ini dapat juga kita meraikan hari yang paling mulia bagi umat-umat islam diseluruh dunia. Didoakan segala amalan kita diterima oleh Allah serta hari-hari yang mendatang.
Seterusnya, setelah Diana berehat menyambut Ramadan serta Syawal kini Diana kembali untuk menjalankan tugas menatarias sepupu Diana pada majlis pertunangan beliau pada sabtu lepas (18 September 2010) dan alhamdulillah segala urusan berjalan lancar seperti yang di rancang.
Rinie serba biru dihari pertunangannya. Inilah tema yang dipilih malahan kakaknya (Rina) sendiri mengubah hantaran serta mini pelamin buat adiknya. Kepada yang ingin menempah hantaran silalah berkunjung ke kedai beliau bertempat di Cempaka Sari Florist & Handycraft, Pekan Sungai Besi. Kalau tak tahu boleh contact Diana ok.
Sebahagian gambar diambil sebagai kenangan.
So kita layannnnnn, ok !!!