Saturday, February 27, 2010

Koleksi Pakaian Persalinan

Baru-baru nie Diana telah membeli beberapa pakaian persalinan serta accesories sebagai koleksi Andaman D' Ana.
So nak tahu baju tu macamana rupa dan bentuknya....kena tunggulah gambar-gambar perkahwinan adik Diana nanti yea ...

Antara baju-baju yang menarik minat Diana ialah;

1. Persalinan Gaun
2. Persalinan Puteri Hang Li Po
3. Persalinan Kimono
4. Persalinan Victoria

Lepas nie sapa-sapa nak sewa bolehla contact i ....

Wednesday, February 24, 2010

Makeup Dinner - Puan Salmah (24.2.2010)

Tak disangka Diana telah mendapat job makeup dinner dari Puan Salmah. Ingatkan tak jadi sebab dia ada ckp nak buat kat Ampang Park. Dah rezeki kita agaknya-kan, alhamdulillah.

Puan Salmah ni kawan kepada mak Diana so kami mmg dah kenal lama jadi mudahlah sikit nak berurusan. Usia dia pun lebih kurang macam mak Diana juga so kami mmg mesra. Beliau nie bekerja di Hotel Putra, KL sebagai Kitchen Helper... Memandangkan beliau ada Staff Dinner, so dia minta Diana mekapkan persis ala mak datin....hehehee

So, ni-lah hasilnya...yang pasti dia puas hati ! Layan .....







Monday, February 22, 2010

Kelas Solekan Bersama Gee Cantik_20.2.2010 (Lendu, Alor Gajah Melaka)

Hai ....

Agak lama juga Diana tak update dalam blog nie yea....almaklumlah agak sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik Diana yang bakal menjelang pada 7 March 2010 nanti. Mana lagi nak wat hantaran, pakaian pengantin, gift utk tetamu dan bermcm2 lagila....
Bab pelamin dan bilik pengantin mak Diana yang akan selesaikan tapi yang paling penting sekali dan paling utama tentunya majlis perkahwinannya mendapat sentuhan makeup 100% dari kakaknya sendiri. Hehehehe....takut dan berdebar2 pun ada nie, mengalahkan pengantin plak yek.
Insya-Allah, akan Diana buat yang terbaik, ok.

Kebetulan, Diana memang mencari mana2 tempat yang membuat bengkel solekan dan tak disangka Gee Cantik telah membuka peluang kepada mereka yang berminat dengan teknik solekan-nya...Pucuk dicita ulam mendatang Diana telah mendaftarkan diri ke Kelas Solekan Gee Cantik www.geecantik.blogspot.com

Walaupun rasa segan agak menebal Diana lupakan saje demi mencari ilmu serta mengambil peluang bertemu dengan Gee sendiri. Sebenarnya agak lama Diana mengikuti blog Gee. Tiap-tiap minggu mesti Diana tidak ketinggalan untuk melihat gambar2 serta solekannya yang ummphh dan cunnn belaka.
Memang hebat solekan-nya..Meletop u...tak caya cuba u all g blog dia....

Utk pengetahuan u all class solekan telah diadakan di Lendu, Alor Gajah, Melaka pada 20 February 2010, Sabtu. Kat kampung i u...so tak jadi masalah nak cari mana lokasinya....class start pada pukul 9.00 pagi hingga 6.oo petang tetapi class berakhir dekat jam 8.30 mlm. Bayangkan begitu asyiknya kami menyiapkan task yang diberi sampai makan pun tak lalu...suruh minum tak nak minum...ini semua gara2 kami begitu komited dan mengambil peluang yang ada serta meminta tips dan pandangan dari Gee & ChiChi. Terima kasih pada Gee dan ChiChi www.chichibutik.blogspot.com yang tak terhingga kerana sanggup memberi extra time kepada kami.

Kepada kawan-kawan yang lain seperti Nik yang berasal dari Terengganu www.eternaltouch-nik.blogspot.com, pyieza dari JB www.pyeiza.blogspot.com, Norliana, Kak Mimi dan Norhayati diucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun sebentar cuma tapi diharapkan persahabatan tidak berakhir di situ sahaja.

Apa pun setinggi perhargaan buat Gee & ChiChi serta En.
Rahman sekeluarga dan terima kasih yang tidak terkira diatas layanan
mesra, budi baik serta tunjuk ajar yang diberikan. Harap kita dapat bertemu lagi di lain masa.

So kita layan gambar-gambar yang sempat di ambil untuk tatapan anda semua.

Inilah hasilnya..cantik-kan...

** Secret by Gee Cantik **

** Belajar buat rambut serta ikatan tudung **

Yang Nie Diana sendiri yang makeupkan... ok tak !

Its Me.. Only Me...

Bersama Gee....mesra...... :)

Bersama Gee & ChiChi...you all mmg best !

Kami LULUS ! Yeah......

Tinggal kenangan ....