Saturday, March 27, 2010

Majlis Bertandang di Tapah, Perak

Majlis terakhir iaitu majlis bertandang ke rumah pihak lelaki memerlukan kami travel selama 2 jam dari Kuala Lumpur ke Tapah, Perak. Sebelum bertolak Diana perlu makeupkan Faiza dahulu, kalau makeup disana takut tak sempat nanti. Bukan apa macam-macam boleh berlaku semasa perjalanan. Jadi bak kata pepatah melayu lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan..biar awal jangan lambat..kalau tidak kelam kabut jadinya.

Kali ini Faiza menyarungkan busana kebaya warna purple, begitu anggun sekali manis bertudung. Kami sekeluarga pun tidak ketinggalan untuk melaram dengan baju tema warna yang sama. Sedondon gitu....

So, ni antara-antara gambar yang sempat di snap...












Makeup, Baju Pengantin & Accesories
By Andaman D' Ana

Friday, March 26, 2010

Anggun Umpama Bidadari ...Tampan Bergaya Laksana Raja

Kali ini cabaran diteruskan untuk menyiapkan Faiza pada majlis persandingannya..Debaran tetap Diana rasakan kerana ini adalah hari yang paling penting dan paling bermakna buat sang pengantin dan Diana sendiri.

Kesabaran tinggi memang diperlukan kerana waktu ini cabarannya amatlah terasa kerana saudara-mara serta kawan-kawan yang hadir sibuk mengetuk pintu ingin berjumpa dengan Faiza untuk mengambil gambar serta melihat sendiri hasil seni Diana...inilah dugaan sebagai Mak Andam yang perlu Diana hadapi. Tapi yang seronoknya..... EH ! nie Kak Diana kan...Kak Diana jadi mak andam ke...wah cantik akak makeup..huhuhuhu.....Kak, kalau makeup serta baju berapa harga. Tak lama lagi saya nak kawin. Jeng...jeng..jeng...itulah antara perbualan yang perlu dijawab walaupun masa mengejar Diana.

Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan tepat pada waktunya. Kompang pun dah menunggu dan
Pengantin Lelaki pun sudah bersedia menanti. Tampan bergaya laksana Raja.







Makeup, Accessori & Pakaian Pengantin
by Andaman D' Ana


Tuesday, March 23, 2010

Majlis Malam Berinai

Majlis Malam Berinai tidak sah kalau tidak mengenakan Baju Songket serta Sanggul Lintang sebagai salah satu aturcara traditional yang perlu kita ingati. Walaupun setiap negeri mempunyai cara yang berlainan dan zaman makin lama makin berubah tetapi adat melayu kita jangan dilupakan. Cewah..macam penulis plak saya yea.

Oklah, majlis malam berinai ini Faiza telah memilih Baju songket merah bunga tabur sebagai pilihan. Manis sekali umpama orang dulu-dulu tapi gaya moden.









Makeup, Accesori & Baju Songket
By Andaman D' Ana

Monday, March 22, 2010

Majlis Pernikahan Faiza & Firdaus

Gugup dan berdebar-debar rasanya bila Diana perlu menyiapkan Faiza iaitu adik saya yang ke-3 sebelum majlis pernikahan yang akan berlangsung pada jam 6 petang...seawal boleh Diana telah menyiapkan beliau untuk memastikan yang Diana tidak terkejar-kejar masa.

Pintu beberapa kali diketuk kerana ramai sedara-mara ingin berjumpa pengantin serta ingin melihat siapa mak andamnya..hehehehe...dan yang pasti memang mereka terkejut yang kakaknya sendiri yang makeupkan dan ini adalah bonus untuk Diana mempromosikan diri. Alhamdulillah semuanya memberi komen yang positif. So apa lagi tempahlah pada Andaman D' Ana... promosi lagi....

Untuk hari pernikahan, adik Diana telah memilih warna grey dan black untuk mencipta kelainan. Ok, kita layan dulu gambar-gambar dibawah kerana banyak lagi gambar yang akan Diana paparkan mengikut majlis.

Gambar pernikahan adik diana yang berlangsung pada
6 March 2010, Sabtu pada jam 6 petang.















Wednesday, March 10, 2010

Trial Makeup

Nie Diana hanya sesaja wat Trial Makeup sebelum Majlis perkahwinan adik Diana yang sebenar. Bukan apa takut nanti Diana plak yang mengelabah. Kali nie Diana cuba praktikkan gaya makeup yang Diana pelajari ngan Gee, so rasa lebih confident sikit.

Hasilnya sangat memuaskan hati Diana, apatah lagi adik Diana rasa dah tak sabar naik pelamin. So kita layan dulu gambar nie yea sebelum Diana upload gambar perkahwinannya.