Friday, March 26, 2010

Anggun Umpama Bidadari ...Tampan Bergaya Laksana Raja

Kali ini cabaran diteruskan untuk menyiapkan Faiza pada majlis persandingannya..Debaran tetap Diana rasakan kerana ini adalah hari yang paling penting dan paling bermakna buat sang pengantin dan Diana sendiri.

Kesabaran tinggi memang diperlukan kerana waktu ini cabarannya amatlah terasa kerana saudara-mara serta kawan-kawan yang hadir sibuk mengetuk pintu ingin berjumpa dengan Faiza untuk mengambil gambar serta melihat sendiri hasil seni Diana...inilah dugaan sebagai Mak Andam yang perlu Diana hadapi. Tapi yang seronoknya..... EH ! nie Kak Diana kan...Kak Diana jadi mak andam ke...wah cantik akak makeup..huhuhuhu.....Kak, kalau makeup serta baju berapa harga. Tak lama lagi saya nak kawin. Jeng...jeng..jeng...itulah antara perbualan yang perlu dijawab walaupun masa mengejar Diana.

Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan tepat pada waktunya. Kompang pun dah menunggu dan
Pengantin Lelaki pun sudah bersedia menanti. Tampan bergaya laksana Raja.







Makeup, Accessori & Pakaian Pengantin
by Andaman D' Ana


No comments: