Saturday, May 8, 2010

SUZIE dari SIME DARBY HEALTHCARE

Adhoc job yang diterima dari SIME DARBY HEALTHCARE untuk membuat tugasan makeup untuk Suzie sempena SIME DARBY Group Games 2010 bertempat di PETRONAS Management Training Centre (PERMATA), Bangi.

Seawal jam 6.30 pagi Diana memulakan tugas untuk menata rias Suzie. Mesti pelik kan, nape kalau bersukan nak kena makeup plak...hahahaha..sebenarnya Suzie nie kena pakai pakaian tradisi 1Malaysia (CheongSam untuk baju, Lengga untuk kain, Berselendang letak dibahu) untuk membawa sepanduk bagi pihak syarikat.

Disebabkan itu kenalah makeup tapi tak boleh nak tebal-tebal sebab dia perlu masuk pertandingan tarik tali. Kang mekap tebal-tebal ngan bulu mata palsu melekat dimata mesti nampak kelakarkan. Itupun diatas kemahuannya yang tidak mahu berlebihan. Jam 7.25 pagi siaplah sudah....sempat lagi Diana membuat sanggul untuk melambangkan tradisi melayu bersama cucuk sanggul. Tapi sayang tak sempat plak nak ambik gambar.

So, ini je gambar yang sempat Diana ambil..maklumlah Suzie tergesa-gesa untuk keluar dari bilik kerana semua kawan-kawannya sudah menunggu. Apa pun terima kasih pada Suzie yang memang sporting dan baik hati.










No comments: