Sunday, June 27, 2010

My Officemate Makeover

Mekap kali ini Diana lakukan untuk kawan sepejabat Diana dimana Aima akan menjadi pengapit untuk kawan baiknya di Hotel Mandarin Oriental. Untuk kerumah Aima, Diana ditemani oleh kawan sepejabat Diana juga iaitu Azura. Sampai sahaja kerumah Aima kami disambut oleh tiga ekor kucing Aima yang tersangatlah gebu dan chomel. Leka sekali bila Diana dapat berjumpa Boboo, Nanie dan lagi seekor lagi tak ingatlah apa namanya sampai terlupa pulak Diana untuk melakukan tugas yang sepatutnya.

Seterusnya mekap ni Diana hanya mengambil masa tak sampai 1 jam pun sebab Aima dah pesan awal-awal yang dia tak mau mekap tebal. Paksa suruh pakai bulu mata pun tak mahu. Katanya tak nak nampak fake. Nak ambik gambar lagilah dia tak nak. Berapa kali Azura kena marah sebab ambik gambar curi. Kesian Zura, huhuhuhu. So hanya gambar ni jelah yang berjaya Diana ambil. Gambar sebelum dan selepas minta maaflah banyak-banyak sebab memang susah nak ambil kalau dapat ambil pun entah apa-apa gambarnya so tak sesuai untuk tatapan umum. Apapun TQ to dear Aima .... Luv u so much ...


Nie je gambar yang Diana dapat ambil setelah dipujuk-pujuk....


Tak dapat gambar tuannya kita layan aksi Boboo yang peramah sekali.


Tak macam tuannya, Boboo tak habis-habis menunjukkan aksinya. Lepas satu-satu pose yang Boboo buat. Hehehehe...

Monday, June 21, 2010

Outdoor Photoshoot Wawa & Adli



Job yang Diana terima kali ini adalah kali ketiga dari Wawa .. terima kasih Wawa .. tugas Diana adalah untuk mekap Outdoor Photoshoot pulak. Setelah selesai mekap pada jam 9 pagi kami pun terus bergerak ke Gombak. Bukan main happy Diana dapat bekerjasama dengan Liza dari "Grasshopper Photography's". Diana pun diberi peluang oleh Adli untuk menggunakan cameranya. Camera baru tu, takut nak pegang tapi peluang yang diberi jangan dilepaskan so apa lagi snaplah apa-apa yang patut seolah-olah jadi jurugambar professional. Tergelak-gelak kami semua dengan pelbagai aksi dari Wawa dan Adli...Mesra dan romantik gitu !

Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada pengantin baru kita lebih-lebih lagi belanja Diana dan Liza makan di Burger King...Lepaslah duit makan tengahari kami hari tu...hehehehe
So kita layan gambar dari "Grasshopper Photography's" okay. Layannnn...


Diana suka sangat gambar nie, Wawa manis sekali .. (photo by camera cap ayam Diana)






Gambar candid taken by me (menggunakan camera Adli)



Thursday, June 17, 2010

Trial Makeup Intan

Selasa, 15 June 2010
Jam 8.00 Malam
Lokasi : Butik Andaman D' Ana

Inilah customer yang paling sporting dan paling sempoi yang pernah Diana jumpa. Mana taknya datang terus minta Diana buat Trial Makeup. Alamak Intan, makeup saya ada kat umah kalau awak nak saya balik umah sekejap g ambik, tak pe ke. Dengan berbesar hati Intan sanggup tunggu. Nasib ada mak yang sudi melayan Intan serta pasangan sementara Diana balik mengambil barang.

Sampai je ke Butik terus Diana makeover Intan. Masa yang Diana ambil kurang dari 1 jam. Untuk trial makeup nie Diana hanya menggunakan produk Naturactor Cover Face as Foundation, Silky Girl untuk Eyeshadow, Pemerah Pipi menggunakan produk Sari Ayu dan Lipstick Maybelline. Dengan produk yang Diana gunakan, so inilah hasilnya dan Intan begitu sangat teruja dan berpuas hati sekali terus membuat booking untuk Majlis Pernikahannya pada 24 July 2010 di Bukit Jalil nanti. Alhamdulillah.

So nilah gaya Intan selepas di makeover. Begitu ceria dan gembira sekali.

suka betul si intan nie..hehehehe..skrg dah jadi kawan selalu kami chat.

Saturday, June 12, 2010

Makeup Kenduri Izma Lina

Job mekap kali nie Diana terima melalui adik Diana untuk mekapkan kawan sekolahnya. Bila tanya siapa kawan ko tu Zila ? Alah ko kenal lah dia. Aku kenal ke...huhuhu..bila disebut nama barulah Diana tahu so senanglah untuk berurusan. Rumah pun berdekatan tak susah nak cari.

D
ifahamkan Izma bertindak sebagai penyelaras atau orang kuat untuk majlis perkahwinan kawan sekolahnya. So kalau dah jadi orang kuat mestilah nak kan kelainan. Itulah permintaan Izma untuk lain dari biasa. Taklah luar biasa sangat kira sesuailah untuk ke majlis-majlis.

Selepas 2 jam berada dirumah Izma so inilah hasilnya. Yang penting empunya badan puas hati.




Tuesday, June 8, 2010

Majlis Bertandang Wawa & Adli

Kali ini Majlis Bertandang Wawa & Adli tetap menggunakan khidmat Diana. Terima kasih Diana ucapkan kepada Wawa serta suami kerana memberi kepercayaan kepada Diana untuk menjalankan tugas untuk kedua kalinya. Begitu teruja seperti sebelumnya kerana seawal 7.30 pagi Diana telah sampai. Kelihatan suami Wawa sibuk mengemas dibahagian laman begitu juga Wawa yang sibuk mengemas didalam rumah almaklumlah mungkin banyak yang perlu dikemaskan.
Setelah beberapa minit menunggu Wawa, Diana pun menjalankan tugas yang diamanahkan. Saat itu begitu tenang buat kami berdua untuk berbual mesra. Lepas satu topik ke satu topik kami bualkan seolah-olah lama kenal.
Sebelum berpisah sempatlah Diana mengambil beberapa gambar sebagai kenangan dan di kesempatan ini tidak terlambat untuk Diana mengucapkan
"Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia Ke Anak Cucu"


Makeup / Accessories L&P / Set Tanjak / Keris dan Bunga Tangan
by Butik Andaman D' Ana




Tuesday, June 1, 2010

Azwani (Wawa) & Adli Di Hari Pernikahan




Kali ini job telah Diana terima 2 bulan sudah daripada Wawa dan Adli dan 29 May 2010 telah dipilih untuk merealisasikan impian mereka disatukan sebagai suami isteri.

Memandangkan tempat tinggal Wawa di AU5, Lembah Keramat berdekatan dirumah Diana so tidaklah susah nak mencari rumahnya. Jam 7.40 pagi Diana sudah berada dirumah Wawa untuk memulakan operasi kerana upacara akad nikah akan diadakan pada jam 10.

Tidak sukar untuk menyolek Wawa kerana semuanya diserahkan kepada Diana 100%. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut jadual siap ada 3 orang photographer lagi Untuk tempahan photographer bolehlah melawat laman web http://leezphotography.blogspot.com/

Selepas upacara akad nikah, Wawa dan Adli menukar busana kuning keemasan untuk majlis di Dewan memandangkan Diana perlu bergegas ke tempat lain.

So kita layan dulu gambar-gambar dibawah yea.













Makeup / Accessories L&P / Kain Sampin / Keris dan Bunga Tangan by Andaman D' Ana