Tuesday, June 8, 2010

Majlis Bertandang Wawa & Adli

Kali ini Majlis Bertandang Wawa & Adli tetap menggunakan khidmat Diana. Terima kasih Diana ucapkan kepada Wawa serta suami kerana memberi kepercayaan kepada Diana untuk menjalankan tugas untuk kedua kalinya. Begitu teruja seperti sebelumnya kerana seawal 7.30 pagi Diana telah sampai. Kelihatan suami Wawa sibuk mengemas dibahagian laman begitu juga Wawa yang sibuk mengemas didalam rumah almaklumlah mungkin banyak yang perlu dikemaskan.
Setelah beberapa minit menunggu Wawa, Diana pun menjalankan tugas yang diamanahkan. Saat itu begitu tenang buat kami berdua untuk berbual mesra. Lepas satu topik ke satu topik kami bualkan seolah-olah lama kenal.
Sebelum berpisah sempatlah Diana mengambil beberapa gambar sebagai kenangan dan di kesempatan ini tidak terlambat untuk Diana mengucapkan
"Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia Ke Anak Cucu"


Makeup / Accessories L&P / Set Tanjak / Keris dan Bunga Tangan
by Butik Andaman D' Ana




No comments: