Sunday, June 27, 2010

My Officemate Makeover

Mekap kali ini Diana lakukan untuk kawan sepejabat Diana dimana Aima akan menjadi pengapit untuk kawan baiknya di Hotel Mandarin Oriental. Untuk kerumah Aima, Diana ditemani oleh kawan sepejabat Diana juga iaitu Azura. Sampai sahaja kerumah Aima kami disambut oleh tiga ekor kucing Aima yang tersangatlah gebu dan chomel. Leka sekali bila Diana dapat berjumpa Boboo, Nanie dan lagi seekor lagi tak ingatlah apa namanya sampai terlupa pulak Diana untuk melakukan tugas yang sepatutnya.

Seterusnya mekap ni Diana hanya mengambil masa tak sampai 1 jam pun sebab Aima dah pesan awal-awal yang dia tak mau mekap tebal. Paksa suruh pakai bulu mata pun tak mahu. Katanya tak nak nampak fake. Nak ambik gambar lagilah dia tak nak. Berapa kali Azura kena marah sebab ambik gambar curi. Kesian Zura, huhuhuhu. So hanya gambar ni jelah yang berjaya Diana ambil. Gambar sebelum dan selepas minta maaflah banyak-banyak sebab memang susah nak ambil kalau dapat ambil pun entah apa-apa gambarnya so tak sesuai untuk tatapan umum. Apapun TQ to dear Aima .... Luv u so much ...


Nie je gambar yang Diana dapat ambil setelah dipujuk-pujuk....


Tak dapat gambar tuannya kita layan aksi Boboo yang peramah sekali.


Tak macam tuannya, Boboo tak habis-habis menunjukkan aksinya. Lepas satu-satu pose yang Boboo buat. Hehehehe...

No comments: