Sunday, July 25, 2010

INTAN di HARI PERNIKAHAN-24 July 2010

Ingat lagi tak pada INTAN yang Diana ada buat makeup trial dulu. Hehehehehe... Kalau ada sesiapa yang nak tahu bolehlah selak bahagian trial makeup yea. Kali ini Diana berseorangan tanpa driver disisi, nasib jalan pun tak jem. Sampai di pintu rumahnya Diana disambut oleh Intan serta kawan-kawannya yang memberi sokongan. Ramai juga kawan-kawan intan waktu itu, adalah dalam 4-5 orang kot. Seronok juga dapat berborak-borak sambil menjamah sarapan pagi yang disediakan.
Pagi itu Diana mulakan dengan mencukur semua bahagian yang perlu untuk memastikan mekap lebih tahan lama. Sambil Diana menjalankan tugas semua kawan-kawan Intan kusyuk memerhatikan Diana bekerja dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Dikesempatan ini Diana dan keluarga mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Intan dan Firdaus. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


















Monday, July 19, 2010

MESS NITE

Teruja sungguh Diana kali ini kerana mendapat jemputan dari Mariam untuk mekap dinner sempena "Mess Nite" untuk beliau serta rakannya Ruztini (Tini). Sampai sahaja dipintu rumahnya tertera nama-nama penghuni rumah termasuk nama Mariam iaitu Kapt (Dr) Siti Mariam. Rupanya Mariam nie seorang Dr .. Tini pun Dr juga...ingatkan askar nie pergi berperang je rupanya macam-macam ada..hehehehe

Berbalik pada tugas kelihatan Mariam dan Tini begitu teruja kerana ini adalah pertama kali buat beliau untuk buat makeover, jadi Diana kena pastikan yang Mariam berpuas hati dengan hasil tangan Diana begitu juga dengan temannya Tini. Setelah selesai, Mariam meminta Diana untuk tunggu sehingga mereka menukar uniform yang dipanggil "mess kit". Diana pun apa lagi, nak juga tengok bagaimana rupanya so bolehla mengambil gambar sebagai koleksi blog Diana.
Apapun feedback yang Diana terima dari Mariam dan Tini sangat memberangsangkan. Alhamdulillah....

Makeover MARIAM








Makeover TINI










Tini dan Mariam gembira bersama teman-teman lain

Sunday, July 11, 2010

NOYAH dari KLANG JAYA

Makeover seterusnya adalah untuk anak buah Diana sendiri sempena majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikatnya. Apa yang boleh Diana ceritakan disini yang anak buah Diana nie umurnya muda lagi dah ada 2 anak tau. Masih seperti dulu slim, comel dan manis. Percakapannya tak ubah seperti ibunya, sebijik..hehehehe.. mana tak kuah kalau tidak tumpah ke nasikan.
Ok, berbalik pada mekap dinner kali ini, Diana ingin mencuba warna yang agak terang seperti warna biru untuk pertama kalinya. Sebelum ini Diana agak takut untuk mencuba warna-warna terang tapi alhamdulillah selepas selesai rasanya lebih menyerlah untuk majlis sebegini. Nampak lebih fresh dan glamour gitu. Walaupun begitu masih tidak keterlaluan buat beliau kerana bulu mata tidak digunakan disebabkan Noyah mengunakan cermin mata. Kata Noyah, disebabkan masa yang terhad Noyah lupa nak beli contact lens. Sayang sekali ! Tapi tak pelah yang penting Noyah tetap terserlah.


Nasib sempat ambik gambar before..kalau tak menyesal...hehehehe




Thursday, July 1, 2010

Dinner Makeup for Shikin




Mekap Dinner kali ini diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Sepatutnya Diana kena mekapkan A'An iaitu adik kepada pengantin tetapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan so mekap telah bertukar kepada sepupunya iaitu Shikin. Tidak jadi masalah bagi Diana janji job jalan.

Keadaan waktu itu memang agak tertekan kerana faktor masa yang singkat. Alhamdulillah akhirnya selesai jua tugas yang diberikan. Seperti biasa gambar nie sahaja yang Diana dapat ambil.

Kualiti gambar kurang memuaskan...apa nak buat...tik tok tik tok

Shikin bersama teman-teman lain