Sunday, July 25, 2010

INTAN di HARI PERNIKAHAN-24 July 2010

Ingat lagi tak pada INTAN yang Diana ada buat makeup trial dulu. Hehehehehe... Kalau ada sesiapa yang nak tahu bolehlah selak bahagian trial makeup yea. Kali ini Diana berseorangan tanpa driver disisi, nasib jalan pun tak jem. Sampai di pintu rumahnya Diana disambut oleh Intan serta kawan-kawannya yang memberi sokongan. Ramai juga kawan-kawan intan waktu itu, adalah dalam 4-5 orang kot. Seronok juga dapat berborak-borak sambil menjamah sarapan pagi yang disediakan.
Pagi itu Diana mulakan dengan mencukur semua bahagian yang perlu untuk memastikan mekap lebih tahan lama. Sambil Diana menjalankan tugas semua kawan-kawan Intan kusyuk memerhatikan Diana bekerja dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Dikesempatan ini Diana dan keluarga mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Intan dan Firdaus. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


















3 comments:

Anonymous said...

D, terima kasih kerana membuatkan diri cek begitu lawa di hari pernikahan cek...huhuhu..nanti cek nak pi supermarket pon cek nak pi make up kat D//:P

Anonymous said...

6 orang kawan2ku yg ada pagi itu

Butik Andaman D' Ana said...

hari-hari g supermarket nak aku mekapkan, ni kes naya nie..hehehe..apa pun terima kasih kembali yer darling.