Monday, July 19, 2010

MESS NITE

Teruja sungguh Diana kali ini kerana mendapat jemputan dari Mariam untuk mekap dinner sempena "Mess Nite" untuk beliau serta rakannya Ruztini (Tini). Sampai sahaja dipintu rumahnya tertera nama-nama penghuni rumah termasuk nama Mariam iaitu Kapt (Dr) Siti Mariam. Rupanya Mariam nie seorang Dr .. Tini pun Dr juga...ingatkan askar nie pergi berperang je rupanya macam-macam ada..hehehehe

Berbalik pada tugas kelihatan Mariam dan Tini begitu teruja kerana ini adalah pertama kali buat beliau untuk buat makeover, jadi Diana kena pastikan yang Mariam berpuas hati dengan hasil tangan Diana begitu juga dengan temannya Tini. Setelah selesai, Mariam meminta Diana untuk tunggu sehingga mereka menukar uniform yang dipanggil "mess kit". Diana pun apa lagi, nak juga tengok bagaimana rupanya so bolehla mengambil gambar sebagai koleksi blog Diana.
Apapun feedback yang Diana terima dari Mariam dan Tini sangat memberangsangkan. Alhamdulillah....

Makeover MARIAM








Makeover TINI










Tini dan Mariam gembira bersama teman-teman lain

No comments: