Thursday, September 23, 2010

Rinie Serba BIRU Dihari Pertunangan

Dikesempatan ini tidak terlewat rasanya untuk Diana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI serta MAAF ZAHIR BATIN kepada semua warga blogger baik yang Diana kenal atau hanya di alam maya. Syukur pada Allah, tahun ini dapat juga kita meraikan hari yang paling mulia bagi umat-umat islam diseluruh dunia. Didoakan segala amalan kita diterima oleh Allah serta hari-hari yang mendatang.
Seterusnya, setelah Diana berehat menyambut Ramadan serta Syawal kini Diana kembali untuk menjalankan tugas menatarias sepupu Diana pada majlis pertunangan beliau pada sabtu lepas (18 September 2010) dan alhamdulillah segala urusan berjalan lancar seperti yang di rancang.
Rinie serba biru dihari pertunangannya. Inilah tema yang dipilih malahan kakaknya (Rina) sendiri mengubah hantaran serta mini pelamin buat adiknya. Kepada yang ingin menempah hantaran silalah berkunjung ke kedai beliau bertempat di Cempaka Sari Florist & Handycraft, Pekan Sungai Besi. Kalau tak tahu boleh contact Diana ok.
Sebahagian gambar diambil sebagai kenangan.
So kita layannnnnn, ok !!!