Tuesday, October 12, 2010

Masjid Selat, Melaka Meriah ( 9 Oktober 2010, Sabtu)

Meriah sungguh pernikahan yang berlangsung di Masjid Selat, Melaka. Mana taknya, pernikahan secara beramai-ramai telah di anjurkan buat pertama kalinya di Negeri Melaka dan Rinie adalah salah seorang dari mereka.

Seperti yang dimaklumkan majlis pernikahan akan berlangsung pada 9.30 pagi dan memerlukan Diana untuk datang awal bagi memastikan Rinie anggun pada hari itu. Selepas subuh Diana bertolak dari Kuala Sungai Baru, Melaka ke Lake Garden Resort, Ayer Keroh dan seawal jam 7.30 pagi Diana sudah memulakan tugas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik tanpa gangguan. Bilik yang Rinie duduk pun more privacy so memudahkan Diana untuk memberikan tumpuan.

Setelah selesai Rinie diarak menaiki kereta Viva ke Masjid Selat. Wah ! Wah ! Class gitu...
Apa pun Diana rasa Rinie sangat meletop pada hari itu...hehehehe. Terima kasih kepada Rinie kerana memilih Butik Andaman D' Ana.

Dikesempatan ini, Kak Diana nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Ke Akhir Hayat. Amin.

Antara pengantin yang mengambil bahagian.

No comments: