Tuesday, November 23, 2010

Nadzirah & Nabilah (Photoshot Mekap)

Actually, Diana memang dah kenal dengan adik Nadzirah nie sebab beliau adalah adik ipar diana punya adik. Dulu kami pernah bekerja sama untuk photoshot pakaian pengantin, so tidaklah janggal buat diana.

Kebetulan pada petang itu tiada apa yang hendak di-buat di-rumah so berkesempatan untuk menenyeh muka Nadzirah serta kawannya Nabilah yang nak pergi photoshot. Lepas nie, mana tahu boleh jadi model terkenal. Hehehehhe.. apa pun good luck pada you all but perlu di-ingat pelajaran jangan di-lupakan okay.
















Sekali imbas muka Nabilah nie se-iras pelakon Wan Sharmila la plak. Hehehehehe

Tuesday, November 16, 2010

Day Mekap for Majlis Perkahwinan

Diatas permintaan, Anie meminta Diana untuk mekapkan mak dan adiknya pada majlis perkahwinannya dan of course Diana tidak keberatan untuk melaksanakannya. Mekap kali ini memang agak simple sangat kerana faktor masa kerana ingin memberi tumpuan kepada pengantin kita dan sememangnya Shikin dan Mak Cik Moon (Anak Beranak) inginkan mekap yang biasa-biasa sahaja. Yang penting mereka nampak fresh dan berlainan sedikit pada hari kebiasaan.














Sedondon pilihan anak beranak

Mekap pengapit untuk minit-minit terakhir atas permintaan pihak pengantin.
S
entuh simple sahaja kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Friday, November 12, 2010

Persandingan Anie & Zack

Gembira rasa hati bila perancangan menjadi kenyataan dan syukur juga pada illahi bila segala perkhidmatan yang diberikan dihargai. Terima kasih kepada Anie kerana memberikan diri ini sebahagian dari keluarga Anie. Rasa kejanggalan hilang dengan segala layanan yang diberikan oleh keluarga serta sanak saudara. Alhamdulillah.

Dikesempatan ini Along (panggilan Anie pada Diana) ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memilih Along untuk majlis bersejarah Anie.

Semoga Anie dan Zack bahagia hingga akhir hayat. Amin.












Imbasan Mekap Nikah & Persandingan

Monday, November 8, 2010

Anie persis wanita Pan Asian

Jam 1.30 tengahari Diana sudah berada dirumah Anie yang terletak di Kelumpuk Kenanga, Keramat Wangsa. Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 4.30 petang di Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa. Sengaja Diana datang awal kerana Diana dengan keluarga Anie sudah kenal lama bahkan kami ada pertalian saudara belah mak dan ayah. Bahkan ayah Anie memang rapat dengan Diana. Ingat lagi masa Diana kawin pun ayah Anie yang bersusah payah siapkan lauk pengantin dan meja pengantin untuk Diana. So kali ini anak dia yang akan naik pelamin dan turn Diana untuk membantu mencantikkan anaknya. Tq cik lan (panggilan untuk ayah anie).

Selain dari mencantikkan Anie untuk majlis pernikahan dan persandingan. Diana diminta oleh Anie untuk mencantikkan mak dan adiknya juga. Nantikan pics mereka yea. Sementara nie kita focus pada Anie dulu.

Tidak sukar untuk menyolek Anie dan setiap saat Diana tidak lupa untuk menbaca Al-Fatihah bagi mengurangkan gugup di hati Diana dan berdoa semoga majlis beliau berjalan dengan baik dan lancar. Apa yang seronok mak dan ayah saudaranya tak habis-habis memuji hasil solekkan Diana. Terima kasih pak cik mak cik, Diana cuba buat terbaik untuk Anie. Semuanya dari hati yang ikhlas dari Diana. Yang penting Anie kelihatan puas hati dan jelita sekali.















Monday, November 1, 2010

Makeup Trial_Anie

Minggu lepas berkesempatan untuk buat makeup trial untuk Anie kerana minggu ini majlis perkahwinan beliau akan berlangsung.

Insya-Allah, Diana ditugaskan untuk makeup akad nikah dan majlis persandingan pada
5 - 6 November 2010 nanti. Diharapkan semua berjalan lancar hendaknya.

Sementara itu jom kita layan gambar-gambar Anie dulu.


Anie bersama Shikin (adik-beradik)