Monday, November 8, 2010

Anie persis wanita Pan Asian

Jam 1.30 tengahari Diana sudah berada dirumah Anie yang terletak di Kelumpuk Kenanga, Keramat Wangsa. Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 4.30 petang di Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa. Sengaja Diana datang awal kerana Diana dengan keluarga Anie sudah kenal lama bahkan kami ada pertalian saudara belah mak dan ayah. Bahkan ayah Anie memang rapat dengan Diana. Ingat lagi masa Diana kawin pun ayah Anie yang bersusah payah siapkan lauk pengantin dan meja pengantin untuk Diana. So kali ini anak dia yang akan naik pelamin dan turn Diana untuk membantu mencantikkan anaknya. Tq cik lan (panggilan untuk ayah anie).

Selain dari mencantikkan Anie untuk majlis pernikahan dan persandingan. Diana diminta oleh Anie untuk mencantikkan mak dan adiknya juga. Nantikan pics mereka yea. Sementara nie kita focus pada Anie dulu.

Tidak sukar untuk menyolek Anie dan setiap saat Diana tidak lupa untuk menbaca Al-Fatihah bagi mengurangkan gugup di hati Diana dan berdoa semoga majlis beliau berjalan dengan baik dan lancar. Apa yang seronok mak dan ayah saudaranya tak habis-habis memuji hasil solekkan Diana. Terima kasih pak cik mak cik, Diana cuba buat terbaik untuk Anie. Semuanya dari hati yang ikhlas dari Diana. Yang penting Anie kelihatan puas hati dan jelita sekali.















2 comments:

Anonymous said...

lawa make up nyer...nice

Butik Andaman D' Ana said...

tq wak, kalau berminat jangan malu contact saya yea.