Friday, December 30, 2011

MEWAH BAK PUTERI RAJA DGN BUSANA ANGGUN "GEE CANTIK BRIDAL HOUSE"

MAJLIS PERSANDINGAN
"AIDA HANI"
MASJID TANAH MELAKA
BUSANA / AKSESORI / PELAMIN : GEE CANTIK BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
24 DECEMBER 2011

Sesekali Aida terlena diulit mimpi sewaktu Diana menyolekkan beliau. Kepenatan terpancar diwajah kerana ingin memastikan majlis beliau berjalan dengan baik. Adalah lumrah bagi pengantin untuk melihat sendiri persiapan akhir serta menyudahkan perkara yang mungkin tidak perasan.

Sewaktu menyolek, Aida memberitahu bahawa pelamin yang dihias oleh Gee Cantik Bridal House begitu cantik sekali. Apatah lagi dipantau oleh En. Rahman untuk memastikan pelamin tersergam indah buatnya. Wah ! tak sabar pulak Diana untuk melihat sendiri hasil sentuhan mereka. Yang paling mengembirakan, Aida juga memberitahu bahawa En. Rahman memuji hasil solekkan nikah yang dibuat oleh Diana. Rupanya Aida tidak sempat untuk mencuci muka dan malamnya terus berjumpa En. Rahman untuk melihat kerja-kerja terakhir di dewan.
Syukur pada Allah.

Perasaan Diana juga berdebar-debar kerana Diana merupakan anak didik Gee Cantik dan ini merupakan pengalaman pertama Diana bekerjasama dengan sifu sendiri walaupun beliau tidak bersama pada waktu itu.

Akhirnya semua tugas terlaksana sudah. Bukan sahaja pelamin yang indah, busana pengantin juga begitu anggun dan mewah. Aida begitu yakin dan cantik sekali pada hari itu.

Didoakan semoga Aida bersama pasangan dapat melayari bahtera sampai ke akhir hayat.
Tahniah dan Selamat Pengantin baru dari Butik Andaman D' Ana



















SERI WAJAH "AIDA" DI MAJLIS PERNIKAHAN

MAJLIS PERNIKAHAN
"AIDA HANI"
MASJID TANAH MELAKA
BUSANA / AKSESORI / PELAMIN : GEE CANTIK BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23 DECEMBER 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi selepas Majlis Pertunangan Aida yang berlangsung pada May 2011, sekali lagi Diana ditugaskan untuk menyempurnakan hari bersejarah beliau. Terima kasih kerana masih menggunakan perkhidmatan kami dan ini menunjukkan beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Untuk hari pernikahan, solekkan mata menggunakan warna coklat serta marron untuk melembutkan wajah Aida. Simple dan tidak keterlaluan. Apa yang penting kebersihan wajah itu yang lebih Diana tekankan supaya solekkan tahan lama dan kemas. Produk yang bermutu juga adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus.

Teknik gam bulu mata juga digunakan untuk Aida kerana beliau tidak mahu keningnya dicukur. Tidak sia-sia Diana menuntut ilmu dan akhirnya dapat juga dipraktikkan pada pengantin. Semuanya berjalan lancar dan yang paling penting ramai saudara mara yg memuji seri wajah Aida lebih2 lagi ibunya.

Amin !










Thursday, December 29, 2011

TRIAL MAKE UP (WEDDING)

TRIAL MAKE UP (WEDDING)
LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE
BUSANA : BUTIK ANDAMAN D' ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TALENT : NANIE

Ini salah salah contoh Make Up Trial yang pernah Diana buat utk talent bernama Nanie.
Terima kasih pada Nanie kerana sudi dimekapkan pada hari itu.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan 2012, kini dibuka dengan pakej serta harga yang berpatutan. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Diana di talian 012-663 7742 atau emailkan ke ctnordyna@gmail.com








Thursday, December 8, 2011

MANIS SENYUMAN MU DI HARI PERTUNANGAN

MAJLIS PERTUNANGAN
NORADILAH
SERENDAH, TAMAN DESA MELUR
AKSESORI / PAKAIAN / HANTARAN : BUTIK ANDAMAN D' ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 DECEMBER 2011, AHAD

Buat pertama kalinya Diana menerima temujanji dari customer pada lewat malam iaitu pada pukul 12.30. Temujanji berlangsung agak lewat kerana Diana perlu menjalankan tugas untuk mekapkan Miss Kebaya di Summit Subang dan Ila sanggup menunggu. Beria-ria sungguh Ila datang pada malam itu kerana tidak sabar untuk melihat sendiri baju yang akan digayakan pada majlis pertunangannya serta untuk membuat booking.

Selepas dicuba, baju tersebut memang sesuai dengan bentuk badan Ila dan Ila terus membuat keputusan untuk membelinya. Kata putus sudah diambil akhirnya pada 4 December, Diana hadir untuk menjalankan tugas besar yang dipikul. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan kegembiraan. Pujian yang diterima dari semua saudara mara amat Diana hargai lebih-lebih lagi kepada kawan Ila yang sudi ambilkan gambar sewaktu Diana mekap. Ila pun tak habis-habis melemparkan senyuman buat tetamu yang hadir. Apa yang dirancang akhirnya terlaksana juga. Syukur ke hadrat illahi.
















Hantaran digubah dari Butik kami

Tuesday, November 29, 2011

PERSONA WAJAH SHIEMA

RUNAWAY MAKE-UP
SHIEMA MANAF
PROJECT GEOMATIKA INTERNATIONAL COLLEGE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SUNGEI WANG PLAZA

Shiema Manaf memang acapkali keluar di majalah-majalah pengantin untuk mengayakan busana yang anggun dan beliau memang berbakat besar di dalam arena modelling.
Kebetulan Shiema memerlukan MUA untuk Project Runaway Geomatika International College di Sungei Wang Plaza dan umpama pucuk dicita ulam mendatang Diana bertuah dapat melaksanakan tugas yang diberi.

Alhamdulillah, Diana dibantu oleh rakan MUA iaitu "Bart Gustov" untuk menyiapkan turban, memang cantik sekali hasilnya. Lihat sahaja aksi Shiema sewaktu cat walk, anggun, yakin dan bergaya.












Tuesday, November 22, 2011

20.11.2011 HARI ISTIMEWA BUAT LILI

MAJLIS PERTUNANGAN
LILI FATIHAH
BANDAR BARU BANGI
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
20 NOVEMBER 2011, AHAD

Seperti yang dijanjikan jam 9.00 pagi Diana sudah berada dirumah Lili. Ketika itu Lili begitu leka mengabadikan cintanya menyusun atur gambar-gambar bakal tunangnya pada waktu kecil. Semua gambar diperolehi dari FB dan dia memang ingin memberikan kejutan. Kelihatan ada berbagai jenis marshmallow..wahhh, nampak sedap sekali. Kata lili bakal tunangnya memang gemarkan marshmallow.... memang romantic sekali. Menyulam cinta beberapa tahun akhirnya hari ini 20.11.2011 terbukti sudah ikatan cinta mereka dengan Majlis Pertunangan.

Sewaktu disolekkan sesekali kami tergelak ketawa apabila lili membuat lawak...teringat kata2 beliau "kalau pakai bulu mata satu jer boleh tak kak"...hehehehehe...sweet sekali. Ketika disolekkan Diana ditemani kakak iparnya yang begitu peramah begitu juga rakan baiknya yang hadir memberikan sokongan. Sesekali ibu lili datang melihat anak bongsunya begitu juga abang2nya yang lain.

Alhamdulillah, setiap yang bermula berakhir sudah. Lili begitu manis sekali dengan busana anggun. Sesekali Lili mencuri pandang wajah tunangnya dari cermin tingkap atas, rasa kelakar sangat waktu itu. Apa pun tahniah buat pasangan dan terima kasih kerana memilih
Butik Andaman D' Ana.















Thursday, November 17, 2011

MAKE UP WORKSHOP 1/2011



MAKE UP WORKSHOP 1/2011
CINQ ENERGIES INTERNATIONAL THERAPHY CENTER
Make-Up by M.A.C
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5TH NOVEMBER 2011, SATURDAY

Thanks goes to Cinq Energies International Theraphy Center for giving me the opportunity to provide Make-up Workshop (Basic) on 5th November 2011.
Alhamdulillah, everything went smoothly with the cooperation rendered especially to
Nadege & Delphine.

During the workshops all participant will learn the basic techniques on how to start make-up in order to have perfect face and most important to have an aura of elegant beauty from your own touch. Majority in attendance were housewives and using spare time to learn about the world of beauty. Various questions raised by them to find out how and how to find make-up techniques.

Let's look at the results of their make-up as the image below.
Make-up
is quite simple and not too much by their own touch.