Saturday, January 22, 2011

Darlis Anggun ke Majlis Perkahwinan


Darlis adalah kawan sepejabat Diana masa kerja di Ranhill dulu. So kami memang dah kenal lama dan sejak Diana tukar kerja kami pun tidak pernah berjumpa lagi. Rasanya dekat 3 tahun jugalah. Secara fizikal dia tetap tidak berubah masih macam dulu juga. Macam-macam kami bualkan hinggakan mengimbas kenangan-kenangan lama dulu. Mana tak, Ranhill adalah perkerjaan pertama sejak Diana habis sekolah. Dekat 11 tahun Diana berkhidmat disitu dan banyak kenangan manis dan pahit tetap jadi kenangan.

Okaylah, mekap kali ini adalah untuk majlis perkahwinan saudara beliau di Gombak. Inspirasi mekap hanya melalui baju yang dipakai oleh Darlis. Sederhana dan tidak keterlaluan dan sesuai untuk majlis yang dihadiri. Apa pun terima kasih Darlis kerana percaya dengan hasil kerja Diana dan minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak mekapkan pada 29/1 nanti.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat mekap dari Diana bolehlah buat temujanji dan datang ke kedai Diana yea.










No comments: