Saturday, January 22, 2011

Masriza dari Wangsa Maju

Masriza (Majlis Pertunangan)
Seksyen 4, Bandar Baru Wangsa Maju
22 Januari 2011, Sabtu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas seisi mekap untuk Darlis, Diana terus berkejar ke Wangsa Maju untuk mekap seterusnya. Tidak sukar nak cari lokasi kerana rumah Diana memang dekat betul dengan rumah opah Mas. Ambil masa 10 minit jer.
Mas sudah setia menanti bersama saudara mara yang lain. Mengigil juga nak mekap Mas ni sebab diperhatikan. Hahahahhaa...macam tak biasalah plak kan. Sambil mekap tu kami berborak-borak dengan saudara yang lain. Rupanya mak saudaranya pun pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan diana cuma senior 2 tahunlah. Paling best dia orang ingat Diana tak kawin lagi...kakakkaka...naik saham mak tauuuuu !!
Selepas disolekkan, Diana dibantu oleh saudara-maranya untuk memakaikan baju Mas serta veil. Bersemangat dan ambil berat sungguh mereka dengan Mas. Diana memang berkenan sungguh dengan bajunya dan sesuai untuk majlis pertunangan dan nikah. Apa pun terima kasih Mas atas layanan mesra Mas serta keluarga. Siap kena sound sebab Diana tak mau makan...kakakakaka..bukan apa Diana memang dah makan dan kenyang tapi Diana makanlah juga ditemani adik Mas yang cute itu.

Tahniah Mas diatas pertunangan beliau dengan jejaka yang bertuah tu...Hehehehehe...
Insya-Allah, jika ada rezeki kita berjumpa lagi.
















Abadikan diri ini bersama bakal pengantin

No comments: