Monday, May 30, 2011

Aida Kini Tunangan Orang

MEKAP : AIDA HANI
AKSESORI & VEIL : BUTIK ANDAMAN D' ANA
MAJLIS PERTUNANGAN, MASJID TANAH, MELAKA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 29 MAY 2011, AHAD



Sudah lama Diana idamkan untuk mendapat job di Melaka, akhirnya impian itu tercapai jua.
Aida Hani memang Diana kenal sewaktu majlis perkahwinan Anie pada November tahun lepas. Waktu itu Diana mekapkan beliau kerana menjadi pengapit Anie, tapi sekadar mekap biasa-biasa jer.

Dari Kuala Sungai Baru (kampung Diana), Diana bertolak ke Taman Maju Jaya, Masjid Tanah. Tidak sukar mencari rumahnya kerana maklumat yang lengkap dari Hani memudahkan Diana. Sesampai je disana terus Diana memulakan tugas. Warna turquoise menjadi pilihan Aida kerana itulah impiannya. Warna seakan kebiruan dan kehijauan, memang manis sekali. Veil panjang serta accesori didatangkan dari Jakarta khas untuk Aida menyerlahkan lagi keayuannya.

Untuk bahagian mekap tumpuan Diana tekankan dibahagian muka serta mata. Bagi menampakkan mata Aida lebih terserlah Teknik Smokey Eyes digunakan tapi tidak terlalu keterlaluan sesuai untuk majlis pertunangan.

Apa pun Selamat Bertunang diucapkan buat Aida serta pasangan.












Inilah dia tunangan Aida...

Saturday, May 21, 2011

SDMC FINAL KARAOKE

MEKAP : FARAH & AZLIN
MUA : CT NORDYNA
EVENT : SDMC FINAL KARAOKE, SDMC SUBANG JAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 21 MAY 2011, SABTU

Terima kasih ini ditujukan kepada En. Suami kerana memberi job mekap untuk peserta pertandingan akhir Sime Darby Medical Centre (SDMC). Agak terkejut pada mulanya apabila disuruh oleh beliau tapi dalam hati nak melompat2 happy. Hehehehehe....katanya just touch2 up jer. Hmmmmm, ok no problem sebab kebetulan memang Diana free waktu tu.

Jam 1230 tengahari Diana dah berada di Conference Room sambil menunggu siapakah org pertama yang Diana akan mekapkan. Akhirnya Diana bertemu dengan Farah iaitu salah seorang peserta pertandingan tersebut dan tanpa membuang waktu Diana terus mekapkan Farah dibilik persalinan. Dibilik persalinan ramai yang dok memerhati Diana mekap tak kira cina, india, melayu semuanya ada. Macam2 soalan yang dia orang tanya tentang mekap. So, Diana pun taklah rasa segan sangat.

Selepas mekapkan Farah seterusnya Diana mekapkan Azlin pulak. Diana bertukar lokasi mekap di bilik bersalin atas permintaan Azlin kerana disana lebih selesa. Hahahahhaa, kelakar pun ada rasanya. Azlin adalah seorang Nurse dan masih muda belia. Baru je 23 tahun. Kiranya dia bekerja di wad bersalinlah. Senanglah lepas ni kalau Diana nak bersalin kat sana dah ada Nurse tukang jaga. Kekekekekke....Ibunya pun sangat2lah sporting n happening. Baru berkenalan dah mcm kenal lama plak. Waktu mekap mmg agak2 singkat kerana pertandingan akan dimulakan pada jam 2.30 petang dan jurinya tak lain tak bukan penyanyi Nas Adila.

Diana bertambah happy lagi bila peserta yang Diana mekapkan menjadi JUARA (Farah) & NAIB JUARA (AZLIN) pada pertandingan tu. Memang tak sangka betul...
Apa pun tahniah pada u olllll yea ... !!!

Dah banyak sangat Diana berceloteh jom kita tgk gambar pulak.






Farah " Tenda Biru" dan Azlin "Benci Tapi Rindu"


Juri Professional : Nas Adila




Hurreyyyy .. kami menang..tak sangka u






Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian ...


Diana pun nak interframe gak...

Tuesday, May 10, 2011

ZILA "ALA" SUPERMODEL

TALENT : SITI NORAZILA
EVENT : OUTDOOR PHOTOSHOOT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 2 MAY 2011, AHAD

Cuti Hari Pekerja yang lalu, Diana berkesempatan pulang ke kampung halaman di Melaka. Lama rasanya tak balik kampung berkumpul satu keluarga. Bila dah berkumpul riuh rendah rumah jadinya.
Tengah bosan2 so Diana keluarkan semua barangan mekap. Memang sengaja Diana bawak dan adik (Zila) Diana menjadi mangsa. Hahahaha... Nasib dia ok dan tidak merungut. Mekap kali ini Diana mengunakan produk sendayu tinggi dan MAC. Puas hati juga dengan produk sendayu tinggi ni, kira berbaloi2. Warnanya pun cantik2.
Selesai mekap kami keluar jap kat kawasan kelapa sawit depan umah. Nak turun ke pandai panas sangat. So apa lagi, poselah bagai nak rak. Lepas kat kelapa sawit kami beralih di dalam bilik pulak...hehehehe, apa pun Diana puas hati.

Meh kita tengok supermodel kita beraksi.






















Thursday, May 5, 2011

GOTHIC VOGUE

TALENT : FIDOT & FARIZSHA
MUA : CT NORDYNA
ASST MUA : ZAIDA
PHOTOG : NUR MUHAMMAD & CT NORDYNA
EVENT : GOTHIC VOGUE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 23 APRIL 2011, Sabtu

"Cuba yang TERBAIK...sebab ada lagi yang TERBAIK" Haaa..Inilah Trademark Diana so jangan sapa2 tiru yek...hehehehe...
Korang tahu tak apa makna "Gothic". So apa kata kita buka kamus dan diantaranya characterized by gloom and mystery and the grotesque / dalam bahasa melayunya dalam kegelapan dan misteri yang mengerikan. Contohnya "Gothic Novel/Filem cerita Frankenstein". So korang boleh imagine bagaimana rupanyakan...sangat menakutkan dan penuh dengan misteri. Tapi ini terpulang pada masing2kan. Teringat plak masa Diana gie Universal Studio, Singapore..mana tak terjerit2 Diana dibuatnya bila dikejar oleh Frankenstein.

Betapa takutnya Diana pada waktu itu telah Diana sampaikan pada event ini tapi setakat yang Diana mampu sahajalah. Now, Diana nak bercerita ttg talent pertama Diana iaitu "Fidot". Pada yang tak tahu lagi nilah buah hati Diana (adik bongsulah). Tak sangka plak dia setuju nak join event nie, happy sangat2lah Dianakan dan dia adalah satu2nya Talent lelaki yang ada so ramailah peminatkan...awwwwww....kekekekeke.... tak sangka plak dia pandai bergambar dan bermain dengan watak..itu tandanya bakat terpendam..
Meh tgk gambar2 dia !









Talent Ke-Dua, emmm manis orangnya...comel dan seorang gadis muslimah.
Pertama kali berjumpa terus kami mesra.. Senang bekerjasama.
Sebenarnya Diana agak mati kutu mekap apa yang Diana nak buat, nasib Diana ada Asst. iaitu Zaida. Dia banyak membantu bagi idea serta lukis dimuka Farizsha. Kreatif sungguh Zaida, lepas ni bolehlah panggil Zaida lagi.










Antara MUA + TALENT




Wednesday, May 4, 2011

BILA SI CILIK TUNJUK BAKAT

TEMA : JU-ON MALAYSIA
TALENT : IMAN
LOKASI : BUTIK ANDAMAN D'ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kali ini Diana nak bercerita tentang anak buah kesayangan Diana iaitu "Iman". Nak ikutkan waktu nie Diana memang penat sangat sebab baru balik dari Event Gothic di Bukit Jalil. Untuk tidak menghampakan Diana turutkan sahaja sekadar untuk suka2.
Sibuk sangat nak jadi pelakon katanya so Diana apa lagi, buka beg mekap terus mulakan operasi.
Atas permintaan ayahnya Ju-On menjadi pilihan.

Iman ni belum sempat habis mekap sibuk nak tengok cermin. Agak terganggu juga, tapi biasalah budak2 agak teruja dengan benda baru. Lebih2 lagi bila mukanya dah berubah menjadi orang lain. Lepas siap hilang rasa penat kerana gelak tak habis2 tgk telatahnya. Macam2 gaya yang dibuat dan paling kelakar habis dia sergah semua orang sampai taxi driver pun menjadi mangsa. Memang nakal sungguh budak nie.

Jom kita tengok pelakon cilik yang berbakat ini, mana tahu satu hari nanti Iman benar2 menjadi pelakon satu hari nanti. Ni gambar aksi2 menarik yang sempat Diana snap ... Enjoy !! ....




Belum apa2 lagi Iman dah tunjuk aksi


Tu dia, Iman yang tak sabar2


Haaaa..tengok tu, bukan main lagi


Hasil suka-suka .... Sayang Iman