Monday, May 30, 2011

Aida Kini Tunangan Orang

MEKAP : AIDA HANI
AKSESORI & VEIL : BUTIK ANDAMAN D' ANA
MAJLIS PERTUNANGAN, MASJID TANAH, MELAKA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 29 MAY 2011, AHAD



Sudah lama Diana idamkan untuk mendapat job di Melaka, akhirnya impian itu tercapai jua.
Aida Hani memang Diana kenal sewaktu majlis perkahwinan Anie pada November tahun lepas. Waktu itu Diana mekapkan beliau kerana menjadi pengapit Anie, tapi sekadar mekap biasa-biasa jer.

Dari Kuala Sungai Baru (kampung Diana), Diana bertolak ke Taman Maju Jaya, Masjid Tanah. Tidak sukar mencari rumahnya kerana maklumat yang lengkap dari Hani memudahkan Diana. Sesampai je disana terus Diana memulakan tugas. Warna turquoise menjadi pilihan Aida kerana itulah impiannya. Warna seakan kebiruan dan kehijauan, memang manis sekali. Veil panjang serta accesori didatangkan dari Jakarta khas untuk Aida menyerlahkan lagi keayuannya.

Untuk bahagian mekap tumpuan Diana tekankan dibahagian muka serta mata. Bagi menampakkan mata Aida lebih terserlah Teknik Smokey Eyes digunakan tapi tidak terlalu keterlaluan sesuai untuk majlis pertunangan.

Apa pun Selamat Bertunang diucapkan buat Aida serta pasangan.












Inilah dia tunangan Aida...

No comments: