Saturday, May 21, 2011

SDMC FINAL KARAOKE

MEKAP : FARAH & AZLIN
MUA : CT NORDYNA
EVENT : SDMC FINAL KARAOKE, SDMC SUBANG JAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 21 MAY 2011, SABTU

Terima kasih ini ditujukan kepada En. Suami kerana memberi job mekap untuk peserta pertandingan akhir Sime Darby Medical Centre (SDMC). Agak terkejut pada mulanya apabila disuruh oleh beliau tapi dalam hati nak melompat2 happy. Hehehehehe....katanya just touch2 up jer. Hmmmmm, ok no problem sebab kebetulan memang Diana free waktu tu.

Jam 1230 tengahari Diana dah berada di Conference Room sambil menunggu siapakah org pertama yang Diana akan mekapkan. Akhirnya Diana bertemu dengan Farah iaitu salah seorang peserta pertandingan tersebut dan tanpa membuang waktu Diana terus mekapkan Farah dibilik persalinan. Dibilik persalinan ramai yang dok memerhati Diana mekap tak kira cina, india, melayu semuanya ada. Macam2 soalan yang dia orang tanya tentang mekap. So, Diana pun taklah rasa segan sangat.

Selepas mekapkan Farah seterusnya Diana mekapkan Azlin pulak. Diana bertukar lokasi mekap di bilik bersalin atas permintaan Azlin kerana disana lebih selesa. Hahahahhaa, kelakar pun ada rasanya. Azlin adalah seorang Nurse dan masih muda belia. Baru je 23 tahun. Kiranya dia bekerja di wad bersalinlah. Senanglah lepas ni kalau Diana nak bersalin kat sana dah ada Nurse tukang jaga. Kekekekekke....Ibunya pun sangat2lah sporting n happening. Baru berkenalan dah mcm kenal lama plak. Waktu mekap mmg agak2 singkat kerana pertandingan akan dimulakan pada jam 2.30 petang dan jurinya tak lain tak bukan penyanyi Nas Adila.

Diana bertambah happy lagi bila peserta yang Diana mekapkan menjadi JUARA (Farah) & NAIB JUARA (AZLIN) pada pertandingan tu. Memang tak sangka betul...
Apa pun tahniah pada u olllll yea ... !!!

Dah banyak sangat Diana berceloteh jom kita tgk gambar pulak.






Farah " Tenda Biru" dan Azlin "Benci Tapi Rindu"


Juri Professional : Nas Adila




Hurreyyyy .. kami menang..tak sangka u






Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian ...


Diana pun nak interframe gak...

No comments: