Tuesday, June 28, 2011

FARIZSHA ONIZUKA SERBA BOLEH

EVENT : OUTING MUSLIMAH - PRELUDE VERSION
TALENT (2) : FARIZSHA ONIZUKA
VENUE : TAMAN TASIK PERDANA
SPONSOR BAJU : BUTIK TYRA EXCLUSIVE / BUTIK CALOSA-MUSLIMAH COUTURE
SPONSOR SHAWL : CIK ZATIE ZAHARI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :26 JUNE 2011, AHAD

Selepas Diana menyiapkan Zaete kini giliran Farizsha pula. Kesian Farizsha kerana tiba agak lewat. Apa pun terima kasih Diana ucapkan pada beliau kerana mengajak Diana join event ini kerana beliau adalah salah seorang penganjur.

Kalau diimbas kembali, Diana pernah menjadi MUA untuk Farizsha untuk Event Gothic pada April lepas. Selepas 2 bulan kami bersua kembali. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada Diana.
Tidak banyak gambar yang dpat Diana sharekan kerana masih menanti gambar2 dari photog. Apa pun jom layan dari camera lensa Diana yea. Kalau ada nanti Diana akan upload kemudian.


















Antara PHOTOG / MUA / TALENT yang menjayakan event ini.
Tidak lupa juga kepada organizer serta sponsor.

TAHNIAH kepada semua !

ZAETE ZAFRAN MODEL BERGAYA

EVENT : OUTING MUSLIMAH - PRELUDE VERSION
TALENT (1) : ZAETE ZAFRAN
VENUE : TAMAN TASIK PERDANA
SPONSOR BAJU : BUTIK TYRA EXCLUSIVE / BUTIK CALOSA-MUSLIMAH COUTURE
SPONSOR SHAWL : CIK ZATIE ZAHARI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :26 JUNE 2011, AHAD

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi dan Diana tiba agak lewat dari jadual yang sepatutnya berlangsung pada jam 9.00 pagi. Rupanya Diana tidak keseorangan kerana ramai rakan2 lain juga tiba lewat disebabkan jalan ditutup sana-sini sempena Standard Chartered KL Maraton. Berpusing2 mencari jalan masuk ke Taman Tasik Perdana dan alhamdulillah jalan ke Masjid Negara tidak ditutup dan satu2nya jalan alternatif yang boleh Diana lalu.

Gugup rasanya kerana sorang pun Diana tak kenal. Tapi kalau tak kenal maka tak cinta kan. Hehehehe... Lebih kurang jam 10.00 pagi bermulalah operasi mekap2. Diana ditugaskan untuk mekapkan talent yang pertama iaitu Zaete. Diana bertambah gugup bila photog makin lama makin ramai...wah, memang meriah sambutan yang diberikan...MUA2 yg lain pun begitu asyik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tak sempat untuk Diana berkenalan dengan mereka hanya sempat bertukar senyuman sahaja.

Pujian harus diberikan kepada Zaete kerana bijak mempelbagaikan gaya. Tak jemu memandang semua aksi2 gambar beliau. Kredit serta pujian juga harus saya berikan kepada photog2 yg memberikan kerjasama yang sgt baik.
Jom kita lihat hasil seni serta kreativiti photog2 yg pelbagai.
* Aidel Aina Photography
* EElobor Property Inc
* Okie Photography
* Lullaby Design
* Saipul Anuar





















Thursday, June 16, 2011

Wanita Melayu Terakhir

EVENT : 1 DUNIA MAKEOVER & PHOTOSHOOT
TALENT : ZILA NORDIN
TEMA : WANITA MELAYU TERAKHIR
TAMAN BUKIT JALIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :12 JUNE 2011, AHAD

Diana memang sukakan Seni dan Kebudayaan. Almaklum pernah bergelar penari waktu dulu terus terdetik untuk memilih tema "Wanita Melayu Terakhir" Anggun, Mempersona dengan perwatakan yang lemah lembut.

Konsep traditional menjadi pilihan. Berbaju songket, berselendang dan memakai cucuk sanggul mencerminkan wanita melayu asli. Diana bangga menjadi anak melayu yang kaya dengan adat resam serta tatasusila.

So, sekali lagi Zila menjadi pilihan Diana untuk menjayakan misi ini. Pada entry yang lepas Diana pernah buat photoshoot dengan beliau dikampung so kali ini lebih terserlah bakatnya.

Sedikit sebanyak pengalaman yang beliau tempuh pada event kali ini dapat melangkah lebih jauh. Semoga berjaya ...


















Friday, June 10, 2011

Me & Frens @ Newspapers & Magazines

ME & FRENS
SINAR HARIAN (APRIL 2011)
&
MAJALAH MINGGUAN WANITA (JUNE 2011
)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara aktiviti-aktiviti kami sebagai Make-Up Artist (MUA)



Event Solekan Fantasi & Saka adalah pertama kali event yang Diana join.
Terima kasih diucapkan kepada Sentuhan Wan Eiza kerana memberi peluang kepada muka2 baru seperti kami untuk menunjukkan bakat.







Tiada yang mustahil untuk dicapai bagi Nasir. Itulah tajuk cerita dari Majalah Minggu Wanita Edisi June 2011. Berbangga dengan percapaian beliau walaupun ada kekurangan tapi tidak bermakna dia tidak boleh bersaing dengan org yang normal. Semangat serta keyakinan pasti sesiapa pun akan pergi jauh. Apa yang penting perlu usaha.

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Putra Asirulie (Nasir) kerana mengabadikan gambar Diana bersama2 dengan beliau serta kawan-kawan yang lain di dalam majalah ini.



Antara gambar-gambar Event Gothic Vogue pada April 2011 lepas anjuran Sentuhan Wan Eiza.

Wednesday, June 8, 2011

Malam Glamour Buat Noyah

MEKAP : NOYAH
MEKAP DINNER, KLANG JAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 4 JUNE 2011, SABTU
Sudah setahun berlalu dan alhamdulillah mekap dinner untuk Noyah kali ini masih menggunakan perkhidmatan Diana. Terima kasih tak terhingga kepada Noyah yea.

Masa diambil untuk mekapkan Noyah kurang dari 45 minit. Apa pun, Diana cuba yang terbaik so inilah hasilnya. Imbasan mekap yang terdahulu Diana tidak menggunakan bulu mata kerana Noyah memakai cermin mata tapi kali ini Noyah kelihatan berbeza sekali. Teknik mekap yang berlainan juga banyak membantu untuk mendapatkan hasil yang baik.

Meh kita tengok gambar Noyah. Memang diakui, Noyah agak malu dan kekok untuk bergaya. Apa pun senyuman manis beliau menampakkan kegembiraan. Mesti ramai yang tak jemu memandang....hehehehhee




* Proses Mekap *












Ni gambar mekap dinner tahun lepas... nampak kan perbezaannya...

Monday, June 6, 2011

Sharina Manis Serba Unggu


MEKAP : SHARINA
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
MAJLIS PERTUNANGAN, AU3 KERAMAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 4 JUNE 2011, SABTU
Seperti yang dijanjikan jam 12.00 tengahari Diana sudah berada dirumah Sharina. Dekat sungguh rumah dia dgn umah Diana, 5 minit je dah sampai. Sementara menunggu Sharina, so Diana menyusun segala alatan mekap supaya mudah untuk Diana nanti.

Sharina, gadis pendiam dan tidak banyak kerenah. Mudah untuk bekerjasama dengan beliau dan sementara proses mekap, Diana menerangkan serba sedikit steps yang Diana buat supaya Sharina tidaklah merasa bosan. Sesekali Sharina tersenyum melihat wajah dicermin, mungkin tidak sabar melihat wajahnya setelah dirias nanti.

Setelah siap, Sharina terkejut bila melihat wajahnya dicermin. Cantik sekali katanya, macam nak nikah pulak. Itu baru mekap tunang belum lagi mekap nikah atau bersanding tau.
Tapi sememangnya Sharina memang cantik.

Apa pun Selamat Bertunang diucapkan kepada Sharina dan terima kasih juga buat keluarga Sharina atas layanan mesra buat Diana.