Thursday, August 25, 2011

SALAM SYAWAL



Salam Aidilfitri dan Salam Lebaran buat semua pelanggan-pelanggan kami dan terima kasih kerana memilih serta memberi sokongan kepada
Butik Andaman D' Ana
untuk merealisasikan Majlis Bersejarah anda.

Mohon maaf dipinta sepanjang pekenalan ada terlanjur bahasa serta bicara. Semoga hari yang mulia ini hubungan kita tetap berpanjangan sampai bila-bila.

Dari Kuala Lumpur pulang ke Melaka
Untuk menyambut bersama keluarga
Janganlah kita selalu leka
Ingatlah juga pada yang tiada ...

Al-Fatihah buat Nabi Junjungan S.W.T serta umat-umat islam di seluruh dunia.
A
min!!!

Tuesday, August 23, 2011

EXCLUSIVE MAKE UP CLASS BY SUHAIB

EVENT : EXCLUSIVE MAKE UP CLASS BY SUHAIB
TALENT : HIDAYAH USOP (HIDIEE)
LOKASI : THE SCOPE STUDIO, DESA PANDAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :13 AUGUST, 2011, SABTU

Pada bulan puasa yang mulia ini, Diana berkesempatan untuk menghadiri Kelas Solekan bersama Suhaib. Teruja dengan hasil mekapnya yg tersendiri serta teknik gam bulu mata untuk mereka yang tak mahu keningnya dicukur atau dicabut. Walaupun kening tidak dicukur hasilnya sangat kemas dan rapi. Bila dapat tengok life, Terbukti Berkesan !

Rasa bertuah dpt share ilmu ngan Shuib..teknik melukis kening, teknik gam bulu mata serta teknik maskara ke kuku mmg hebat....mmg tak terfikir pun sebelum nie. Teknik menggunakan tangan juga sgt membantu bagi mengelak eyeshadow berterabur kat bawah mata. Solekan lebih kemas bila di blend guna jari. Itu teknik Suhaib. Lain orang lain caranya. Apapun ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting hasilnya nanti mestilah cantekk dan meletopppsss gitu !

Ok, class mekap kali ini, Diana mengambil Hidayah (rakan sekerja) untuk menjadi talent Diana. Terima kasih pada Hidiee kerana sudi bekerjasama ngan Diana. Sikap sporting beliau membuatkan Diana lebih bersemangat dan teruja sekali. Talent, photog serta MUA yang lain pun sangat2 sporting dan membuatkan class Suhaib bertambah happening. Suhaib juga tidak kurang kelakarnya.

Akhir kata kami memang tersangat puas hati dengan hasil pembelajaran pada hari itu. Semoga kita dapat bersua kembali di lain waktu atau event-event yang akan datang. Moga lebih sukses selepas ini. Amin ....
























Saturday, August 13, 2011

ZILA KEMBALI MENYINAR

EVENT : BENGKEL PEMANTAPAN SOLEKAN
TALENT : ZILA NORDIN
LOKASI : PUTRA JAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :23 JULY, 2011, SABTU
Diana memilih "Zila" selaku adik Diana untuk menjadi Talent pada event kali ini. Bukan tak nak cari Talent lain tapi lebih mudah untuk bergerak dan bekerjasama memandangkan Diana kena bertolak awal pagi ke Putra Jaya.

Untuk sentuhan mekap kali ini, Diana beri tumpuan kepada solekan pengantin kerana tidak mahu lari dari konsep yang sebenarnya. Pemantapan Solekan penting bagi Diana untuk future mekap serta untuk mekap customer yang akan datang. Hasilnya pasti lebih kemas dan lebih teliti.

Zila agak lebih yakin beraksi tetapi agak gugup juga kerana bersaing dengan Talent yang ada. Walaupun masih baru tapi semangat itu penting. Event "Satu Dunia" sedikit waktu dulu memberi sedikit pengalaman untuk dia lebih berkeyakinan.

Apa pun terima kasih kerana dapat bekerjasama dengan Kak Longnya especially untuk Butik Andaman D' Ana untuk lebih sukses.


















Bersama Talent Sonia


Bersama Talent Bel Ly

BENGKEL PEMANTAPAN SOLEKAN

EVENT : BENGKEL PEMANTAPAN SOLEKAN
ORGANIZER : ALLONG PUTRA JAYA
LOKASI : PUTRAJAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :23 JULY, 2011, SABTU

Kisah kali ini berkenaan "Bengkel Pemantapan Solekan" yang Diana hadir di Putrajaya yang lalu.
Rasa bertuah kerana dapat duduk bersama dengan MUA D' Apple Bridal, Azura Lath serta Azura Mahmood kerana dapat berkongsi idea sepanjang bengkel berlangsung. Terima kasih juga kepada organizer Allong Putra Jaya. Memang kelakar habis sepanjang hari kerana lagak dan merapunya Bel Ly. Happy tengok talent yang sangat-sangat sporting, Photog yang kreatif serta MUA yang tak lokek ilmu.




Bersama sifu "Allong Putra Jaya"


Bersama MUA D' Apple Bridal from Melaka


Mendapat sentuhan MUA Azura Lath










Sesekali nak posing gak !


Monday, August 1, 2011

NUR LIYANA GADIS PEMALU

EVENT : BRIDAL PHOTOSHOOT
TALENT (3) : NUR LIYANA
VENUE : HUTAN LIPUR AMPANG
ORGANIZER : SHA AISHETERU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :16 JULY 2011, SABTU

Talent ke-tiga "Nur Liyana" dan masih hijau dalam arena modelling. Beliau diberi peluang oleh rakannya iaitu "Sha Aisheteru" untuk turut serta. Liyana adalah talent terakhir yang beraksi pada hari tersebut memandangkan beliau hanya dapat datang pada jam 1 tengahari kerana tugas.

Kali ini tugas agak mencabar bagi Diana kerana tuntutan waktu serta ramai antara talent serta MUA sudah selesai membuat tugasan. Diana terpaksa cut of time untuk mempercepatkan kerja walaupun banyak lagi yang perlu diberi penekanan. Rasa kecewa juga kerana tidak memberikan yang terbaik dan Diana terpaksa akur kerana waktu sangat terbatas.

Apa pun terima kasih pada Nur Liyana kerana sabar menanti giliran anda untuk diphotoshoot.


Liyana agak malu2 bila gambar dirakam