Wednesday, September 14, 2011

Beraya Bersama GEE CANTIK RESOURCES

Ass Salam dan Salam Syawal diucapkan kepada semua ....

Sempena hari raya ke-2, Diana berkesempatan berkunjung ke rumah Gee Cantik di Masjid Tanah, Melaka. Memang seronok sangat dapat jumpa sifu dan kebetulan dapat juga berkenalan dengan Fie Makeup Artist serta seorang lagi kawan Gee. Paling best dapat ketemu dengan Chichi cuma tak dapat jumpa Azrin kononnya sibuk beraya yea !

Selepas menjamu selera Gee mempelawa Diana ke butik beliau. Apa lagi memang tak sabar-sabarlah kan. Melangkah masuk ke Butik Gee, Diana rasakan sesuatu kelainan. Sungguh cantik hiasan dalaman serta baju2 yang dipamerkan. Susun aturnya kemas dan menarik sekali.

3 jam berada disana bagaikan tidak puas dan tidak sedar rupanya banyak sekali kami berkongsi cerita. Begitu juga kepada En. Rahman yang berkongsi idea mengenai perniagaan langsir yang beliau ceburi. Apa pun Diana tidak sabar untuk bekerjasama dengan Gee Cantik untuk majlis perkahwinan "Aida Hani" pada bulan December nanti.

Dikesempatan ini Diana ucapkan terima kasih kepada Gee, Chichi, En. Rahman dan tidak lupa juga buat rakan Gee iaitu Fie Makeup Artist. Yang lagi sorang lupa plak namanya.
Didoakan semoga Gee Cantik akan terus sukses. Amin.












Gambar candid dari kami ...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

No comments: