Tuesday, September 27, 2011

AIDA MALISA CANTIK MANIS DI MAJLIS BERTANDANG

MAJLIS BERTANDANG "AIDA MALISA"
LOKASI : BUKIT MAHKOTA, CHERAS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH :17 SEPTEMBER, 2011, SABTU

Sampai juga Diana ke Home Stay di Bukit Mahkota, Cheras tempat dimananya Aida serta keluarganya duduk sementara. Nasib baik Diana dapat cari dan alhamdulillah sampai tepat pada waktu yang dijanjikan. Sebenarnya, Aida Malisa berasal dari Kuantan, Pahang dan seawal 3 bulan beliau sudah pun membuat tempahan.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Seperti biasa Diana menjalankan tugas iaitu untuk mencantikkan Aida Malisa supaya cantik dan berseri pada majlis bertandangnya. Aida memang tidak mempunyai masalah kulit wajah dan memudahkan Diana untuk menata rias. Campuran Krayolan dan MAC menampakkan lagi seri di wajah Aida. Sesekali Rizal iaitu suami Aida mengusik untuk menceriakan suasana.

Selepas 2 jam selesai sudah tugas Diana, masa untuk menyiapkan pengantin lelaki pula. Jom kita tengok pictures yang sempat Diana snap yea...kepada Aida Malisa serta Rizal Faizal terima kasih kerana memilih Butik Andaman D' Ana. Semoga Berbahagia ke anak cucu.

TESTIMONI DARI AIDA :
Aida Malisa Idris tq kak..n tq jgak utk service akak smlm...still btahan wpun bhujan time photoshot kat ptrajaya smlm...tq again...nnt sy g kdai anta pyung n bunga yeppp












Hadiah Misteri dari Butik Andaman D' Ana

No comments: