Tuesday, November 29, 2011

PERSONA WAJAH SHIEMA

RUNAWAY MAKE-UP
SHIEMA MANAF
PROJECT GEOMATIKA INTERNATIONAL COLLEGE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SUNGEI WANG PLAZA

Shiema Manaf memang acapkali keluar di majalah-majalah pengantin untuk mengayakan busana yang anggun dan beliau memang berbakat besar di dalam arena modelling.
Kebetulan Shiema memerlukan MUA untuk Project Runaway Geomatika International College di Sungei Wang Plaza dan umpama pucuk dicita ulam mendatang Diana bertuah dapat melaksanakan tugas yang diberi.

Alhamdulillah, Diana dibantu oleh rakan MUA iaitu "Bart Gustov" untuk menyiapkan turban, memang cantik sekali hasilnya. Lihat sahaja aksi Shiema sewaktu cat walk, anggun, yakin dan bergaya.












Tuesday, November 22, 2011

20.11.2011 HARI ISTIMEWA BUAT LILI

MAJLIS PERTUNANGAN
LILI FATIHAH
BANDAR BARU BANGI
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
20 NOVEMBER 2011, AHAD

Seperti yang dijanjikan jam 9.00 pagi Diana sudah berada dirumah Lili. Ketika itu Lili begitu leka mengabadikan cintanya menyusun atur gambar-gambar bakal tunangnya pada waktu kecil. Semua gambar diperolehi dari FB dan dia memang ingin memberikan kejutan. Kelihatan ada berbagai jenis marshmallow..wahhh, nampak sedap sekali. Kata lili bakal tunangnya memang gemarkan marshmallow.... memang romantic sekali. Menyulam cinta beberapa tahun akhirnya hari ini 20.11.2011 terbukti sudah ikatan cinta mereka dengan Majlis Pertunangan.

Sewaktu disolekkan sesekali kami tergelak ketawa apabila lili membuat lawak...teringat kata2 beliau "kalau pakai bulu mata satu jer boleh tak kak"...hehehehehe...sweet sekali. Ketika disolekkan Diana ditemani kakak iparnya yang begitu peramah begitu juga rakan baiknya yang hadir memberikan sokongan. Sesekali ibu lili datang melihat anak bongsunya begitu juga abang2nya yang lain.

Alhamdulillah, setiap yang bermula berakhir sudah. Lili begitu manis sekali dengan busana anggun. Sesekali Lili mencuri pandang wajah tunangnya dari cermin tingkap atas, rasa kelakar sangat waktu itu. Apa pun tahniah buat pasangan dan terima kasih kerana memilih
Butik Andaman D' Ana.















Thursday, November 17, 2011

MAKE UP WORKSHOP 1/2011



MAKE UP WORKSHOP 1/2011
CINQ ENERGIES INTERNATIONAL THERAPHY CENTER
Make-Up by M.A.C
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5TH NOVEMBER 2011, SATURDAY

Thanks goes to Cinq Energies International Theraphy Center for giving me the opportunity to provide Make-up Workshop (Basic) on 5th November 2011.
Alhamdulillah, everything went smoothly with the cooperation rendered especially to
Nadege & Delphine.

During the workshops all participant will learn the basic techniques on how to start make-up in order to have perfect face and most important to have an aura of elegant beauty from your own touch. Majority in attendance were housewives and using spare time to learn about the world of beauty. Various questions raised by them to find out how and how to find make-up techniques.

Let's look at the results of their make-up as the image below.
Make-up
is quite simple and not too much by their own touch.





























Sunday, November 13, 2011

RACHEL - TOP 12 MISS KEBAYA SELANGOR

MEKAP : RACHEL
SEMI FINAL MISS KEBAYA SELANGOR 2011
THE SUMMIT, USJ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 3 NOVEMBER 2011, Khamis

Buat pertama kalinya Diana ditugaskan untuk menyolek gadis cina dan pertama kali juga bekerja dibelakang stage. Wow, sangat teruja sebab dapat buat benda baru. Bila bertemu dengan Rachel, Diana menerima dengan hati yang terbuka. Bagi Diana ini adalah ujian, yang pastinya akan buat yang terbaik. Rachel tidak mempunyai masalah kulit wajah so ini adalah bonus untuk memudahkan kerja Diana.

Atas permintaan, Rachel ingin mencuba warna purple pink untuk gaya baru dan Diana tidak keberatan untuk merealisasinya. Selepas siap wajah Rachel glamour sekali seperti superstar... Rasa puas kerana wajah beliau cantik dan anggun persis gadis melayu lebih2 lagi dengan Busana Kebaya.

Apa pun tahniah kepada Rachel kerana mendapat Top 12 untuk mara pusingan akhir dan
pada final 5th Nov lalu beliau menang untuk category
"MISS SINCERE FRIENDSHIP".

Sayang sekali pada final tersebut Diana tidak dapat mekap kan beliau kerana ada tugasan lain. Congratssss to u Rachel.....














My great moment when she ask for my help....


Top 12 Winner

Thursday, November 10, 2011

ALHAMDULILLAH, DIANA MENANG LAGI...SYUKUR !!!

Alhamdulillah tidak sampai satu bulan Diana menerima perkhabaran gembira lagi kerana memenangi 2 pertandingan yang berlainan untuk categori makeup terbaik. Lebih2 lagi rezeki datangnya pada Hari Raya Aidil Adha. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana segala usaha serta penat lelah selama ini tidak sia-sia. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana melihat bakat saya.

Pertandingan yang Diana sertai dan menangi adalah :-
Wedding In Classic & Modern Contest pada 18 Sept 2011 (Tempat Ke-3)
Garden Wedding Contest pada 29 Oct 2011 (Tempat Ke-2)

Untuk pertandingan "Wedding In Classic & Modern Contest" Diana tidak berseorangan kerana Team 14 iaitu Photog : Bobby Fuego / Talent : Marlini Aziz serta Fid Fizie berkongsi kemenangan dan menjadi Team Terbaik memenangi tempat ke-3 anjuran Sentuhan Wan Eiza serta sponsor dari Yon Ramzie Collection. Terima kasih diucapkan kepada Team 14 kerana berusaha untuk hasil yang terbaik.

Bila di imbas kembali banyak pengalaman yang dapat dikutip lebih-lebih lagi bila dapat berkongsi serta bersaing secara sihat dengan mua2 yang hebat. Sambutan memang agak mengalakkan kerana masing-masing ingin mencuba nasib.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Allong Putra Jaya kerana membantu mengikatkan sampin untuk Fid Fizie. Walaupun kami bukan satu kumpulan sikap tolong menolong yang lebih penting.

Akhir kata, kemenangan ini bukanlah untuk menunjuk2 tetapi memberikan Diana lebih bersemangat serta mengukur tahap kemampuan untuk berkarya. Hati perlulah bersih serta ikhlas dalam melaksanakan setiap tugasan bukan setakat dalam pertandingan tetapi urusan harian. Jika kita tidak berjaya pada hari ini mungkin kejayaan akan datang untuk hari esok, jadi bersabarlah......

Ikhlas & Salam Sayang dari Diana.



Wedding In Classic & Modern Contest pada 18 Sept 2011 (Tempat Ke-3)





Garden Wedding Contest pada 29 Oct 2011 (Tempat Ke-2)

Tuesday, November 8, 2011

DIANA BERJAYA MEMENANGI TEMPAT KE-2 UNTUK KATEGORI MUA TERBAIK

GARDEN WEDDING CONTEST
TALENT : AZIE PICHA
PHOTOG : AIDEL ANA
AKSESORI & PAKAIAN : BUTIK ANDAMAN D' ANA
ORGANIZER : ZVAS BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 29 OCTOBER 2011, SABTU
LOKASI : TAMAN TASIK TITIWANGSA

Kenangan terindah bila Diana dinobatkan tempat ke-dua untuk kategori make-up artist terbaik. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik tetapi hasil yang terbaik itu yang lebih Diana titik beratkan dalam hasil seni solekkan. Penekanan make-up kali ini adalah warna-warna yang lembut untuk menghasilkan make-up yang lebih elegant dan mewah. Mencuba solekan baru "less is better" membuahkan hasil dan Diana merasa puas dapat merealisasikannya.

Diana mempertaruhkan Azie Picha sebagai talent kerana beliau mempunyai bakat yang boleh pergi jauh. Walaupun beliau tidak berjaya untuk tersenarai Top 5 yang berbakat tetapi beliau mempunyai bakat besar dalam industri modelling. Setiap pose yang diberikan begitu baik sekali walaupun sesekali Azie memohon tunjuk ajar dari segi pose yang lain untuk hasilkan gambar yang terbaik. Walaupun Diana sebagai MUA, kerap kali Diana turun padang untuk memberikan mood yang baik kepada setiap talent yang bekerjasama dengan Diana.

Tahniah juga diucapkan kepada Photog Aidel Ana kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Masih muda dan baru dalam bidang photography tidak mematahkan semangat untuk bersaing dengan photog yang berpengalaman. Apa yang penting kerjasama setiap kumpulan amatlah penting untuk menjadikan sesuatu yang terbaik. Walaupun tidak terbaik untuk orang lain cukup memadai terbaik untuk kita.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur "ZVAS Bridal House" serta mereka yang terlibat didalam contest ini. Kepada yang menang sekalung tahniah dari saya.


My TEAM (MUA / PHOTOG / TALENT)















Thursday, November 3, 2011

SERI TERCIPTA BUAT SERINA

MEKAP : SHARINA
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
MAJLIS PERNIKAHAN, AU3 KERAMAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 21 OCTOBER 2011, Jumaat

Selepas pertemuan pertama pada 4 June 2011 untuk majlis pertunangan, kini kami dipertemukan sekali lagi untuk Majlis Pernikahan. Jam 8 pagi Diana sudah berada dirumah Sharina dan seperti biasa Diana melakukan tugas tanpa gangguan kerana majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Setiawangsa.

Kali ini Diana cuba bermain dengan warna tanah iaitu warna coklat ke-emasan. Sedikit warna pink serta putih untuk bahagian highlight sudah cukup menaikkan seri wajah. Kening ditebalkan sedikit untuk hasil yang berlainan dan alhamdulillah wajah Sharina agak berlainan tetapi masih dikekalkan wajah yang asal.











Imbasan gambar Majlis Pertunangan yang lepas.



Apa pun terima kasih yang tak terhingga buat keluarga Sharina kerana memilih
Butik Andaman D' Ana dan Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga menjalani kehidupan bahagia dunia dan akhirat.