Thursday, November 10, 2011

ALHAMDULILLAH, DIANA MENANG LAGI...SYUKUR !!!

Alhamdulillah tidak sampai satu bulan Diana menerima perkhabaran gembira lagi kerana memenangi 2 pertandingan yang berlainan untuk categori makeup terbaik. Lebih2 lagi rezeki datangnya pada Hari Raya Aidil Adha. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana segala usaha serta penat lelah selama ini tidak sia-sia. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana melihat bakat saya.

Pertandingan yang Diana sertai dan menangi adalah :-
Wedding In Classic & Modern Contest pada 18 Sept 2011 (Tempat Ke-3)
Garden Wedding Contest pada 29 Oct 2011 (Tempat Ke-2)

Untuk pertandingan "Wedding In Classic & Modern Contest" Diana tidak berseorangan kerana Team 14 iaitu Photog : Bobby Fuego / Talent : Marlini Aziz serta Fid Fizie berkongsi kemenangan dan menjadi Team Terbaik memenangi tempat ke-3 anjuran Sentuhan Wan Eiza serta sponsor dari Yon Ramzie Collection. Terima kasih diucapkan kepada Team 14 kerana berusaha untuk hasil yang terbaik.

Bila di imbas kembali banyak pengalaman yang dapat dikutip lebih-lebih lagi bila dapat berkongsi serta bersaing secara sihat dengan mua2 yang hebat. Sambutan memang agak mengalakkan kerana masing-masing ingin mencuba nasib.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Allong Putra Jaya kerana membantu mengikatkan sampin untuk Fid Fizie. Walaupun kami bukan satu kumpulan sikap tolong menolong yang lebih penting.

Akhir kata, kemenangan ini bukanlah untuk menunjuk2 tetapi memberikan Diana lebih bersemangat serta mengukur tahap kemampuan untuk berkarya. Hati perlulah bersih serta ikhlas dalam melaksanakan setiap tugasan bukan setakat dalam pertandingan tetapi urusan harian. Jika kita tidak berjaya pada hari ini mungkin kejayaan akan datang untuk hari esok, jadi bersabarlah......

Ikhlas & Salam Sayang dari Diana.



Wedding In Classic & Modern Contest pada 18 Sept 2011 (Tempat Ke-3)





Garden Wedding Contest pada 29 Oct 2011 (Tempat Ke-2)

2 comments:

intanfirdaus247 said...

tahniah diana!

CT NORDYNA said...

terima kasih atas sokongan selama ini. luv u ...