Tuesday, November 8, 2011

DIANA BERJAYA MEMENANGI TEMPAT KE-2 UNTUK KATEGORI MUA TERBAIK

GARDEN WEDDING CONTEST
TALENT : AZIE PICHA
PHOTOG : AIDEL ANA
AKSESORI & PAKAIAN : BUTIK ANDAMAN D' ANA
ORGANIZER : ZVAS BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH : 29 OCTOBER 2011, SABTU
LOKASI : TAMAN TASIK TITIWANGSA

Kenangan terindah bila Diana dinobatkan tempat ke-dua untuk kategori make-up artist terbaik. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik tetapi hasil yang terbaik itu yang lebih Diana titik beratkan dalam hasil seni solekkan. Penekanan make-up kali ini adalah warna-warna yang lembut untuk menghasilkan make-up yang lebih elegant dan mewah. Mencuba solekan baru "less is better" membuahkan hasil dan Diana merasa puas dapat merealisasikannya.

Diana mempertaruhkan Azie Picha sebagai talent kerana beliau mempunyai bakat yang boleh pergi jauh. Walaupun beliau tidak berjaya untuk tersenarai Top 5 yang berbakat tetapi beliau mempunyai bakat besar dalam industri modelling. Setiap pose yang diberikan begitu baik sekali walaupun sesekali Azie memohon tunjuk ajar dari segi pose yang lain untuk hasilkan gambar yang terbaik. Walaupun Diana sebagai MUA, kerap kali Diana turun padang untuk memberikan mood yang baik kepada setiap talent yang bekerjasama dengan Diana.

Tahniah juga diucapkan kepada Photog Aidel Ana kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Masih muda dan baru dalam bidang photography tidak mematahkan semangat untuk bersaing dengan photog yang berpengalaman. Apa yang penting kerjasama setiap kumpulan amatlah penting untuk menjadikan sesuatu yang terbaik. Walaupun tidak terbaik untuk orang lain cukup memadai terbaik untuk kita.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur "ZVAS Bridal House" serta mereka yang terlibat didalam contest ini. Kepada yang menang sekalung tahniah dari saya.


My TEAM (MUA / PHOTOG / TALENT)















No comments: