Thursday, December 8, 2011

MANIS SENYUMAN MU DI HARI PERTUNANGAN

MAJLIS PERTUNANGAN
NORADILAH
SERENDAH, TAMAN DESA MELUR
AKSESORI / PAKAIAN / HANTARAN : BUTIK ANDAMAN D' ANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 DECEMBER 2011, AHAD

Buat pertama kalinya Diana menerima temujanji dari customer pada lewat malam iaitu pada pukul 12.30. Temujanji berlangsung agak lewat kerana Diana perlu menjalankan tugas untuk mekapkan Miss Kebaya di Summit Subang dan Ila sanggup menunggu. Beria-ria sungguh Ila datang pada malam itu kerana tidak sabar untuk melihat sendiri baju yang akan digayakan pada majlis pertunangannya serta untuk membuat booking.

Selepas dicuba, baju tersebut memang sesuai dengan bentuk badan Ila dan Ila terus membuat keputusan untuk membelinya. Kata putus sudah diambil akhirnya pada 4 December, Diana hadir untuk menjalankan tugas besar yang dipikul. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan kegembiraan. Pujian yang diterima dari semua saudara mara amat Diana hargai lebih-lebih lagi kepada kawan Ila yang sudi ambilkan gambar sewaktu Diana mekap. Ila pun tak habis-habis melemparkan senyuman buat tetamu yang hadir. Apa yang dirancang akhirnya terlaksana juga. Syukur ke hadrat illahi.
















Hantaran digubah dari Butik kami

2 comments:

AIM DE LA DIVA'S said...

gituhh sis siap headlight lagi kurlass

CT NORDYNA @ SITI NORDIANA said...

bilik gelap time tu..nasib ada bawak tau aim..kalau tak tak tahu apa jadi...hehehehe..lebih baik bersediakan...