Friday, December 30, 2011

MEWAH BAK PUTERI RAJA DGN BUSANA ANGGUN "GEE CANTIK BRIDAL HOUSE"

MAJLIS PERSANDINGAN
"AIDA HANI"
MASJID TANAH MELAKA
BUSANA / AKSESORI / PELAMIN : GEE CANTIK BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
24 DECEMBER 2011

Sesekali Aida terlena diulit mimpi sewaktu Diana menyolekkan beliau. Kepenatan terpancar diwajah kerana ingin memastikan majlis beliau berjalan dengan baik. Adalah lumrah bagi pengantin untuk melihat sendiri persiapan akhir serta menyudahkan perkara yang mungkin tidak perasan.

Sewaktu menyolek, Aida memberitahu bahawa pelamin yang dihias oleh Gee Cantik Bridal House begitu cantik sekali. Apatah lagi dipantau oleh En. Rahman untuk memastikan pelamin tersergam indah buatnya. Wah ! tak sabar pulak Diana untuk melihat sendiri hasil sentuhan mereka. Yang paling mengembirakan, Aida juga memberitahu bahawa En. Rahman memuji hasil solekkan nikah yang dibuat oleh Diana. Rupanya Aida tidak sempat untuk mencuci muka dan malamnya terus berjumpa En. Rahman untuk melihat kerja-kerja terakhir di dewan.
Syukur pada Allah.

Perasaan Diana juga berdebar-debar kerana Diana merupakan anak didik Gee Cantik dan ini merupakan pengalaman pertama Diana bekerjasama dengan sifu sendiri walaupun beliau tidak bersama pada waktu itu.

Akhirnya semua tugas terlaksana sudah. Bukan sahaja pelamin yang indah, busana pengantin juga begitu anggun dan mewah. Aida begitu yakin dan cantik sekali pada hari itu.

Didoakan semoga Aida bersama pasangan dapat melayari bahtera sampai ke akhir hayat.
Tahniah dan Selamat Pengantin baru dari Butik Andaman D' Ana



















No comments: