Friday, December 30, 2011

SERI WAJAH "AIDA" DI MAJLIS PERNIKAHAN

MAJLIS PERNIKAHAN
"AIDA HANI"
MASJID TANAH MELAKA
BUSANA / AKSESORI / PELAMIN : GEE CANTIK BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23 DECEMBER 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi selepas Majlis Pertunangan Aida yang berlangsung pada May 2011, sekali lagi Diana ditugaskan untuk menyempurnakan hari bersejarah beliau. Terima kasih kerana masih menggunakan perkhidmatan kami dan ini menunjukkan beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Untuk hari pernikahan, solekkan mata menggunakan warna coklat serta marron untuk melembutkan wajah Aida. Simple dan tidak keterlaluan. Apa yang penting kebersihan wajah itu yang lebih Diana tekankan supaya solekkan tahan lama dan kemas. Produk yang bermutu juga adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus.

Teknik gam bulu mata juga digunakan untuk Aida kerana beliau tidak mahu keningnya dicukur. Tidak sia-sia Diana menuntut ilmu dan akhirnya dapat juga dipraktikkan pada pengantin. Semuanya berjalan lancar dan yang paling penting ramai saudara mara yg memuji seri wajah Aida lebih2 lagi ibunya.

Amin !










No comments: