Wednesday, February 29, 2012

PUAN SALMAH DI MAJLIS MAKAN MALAM

DINNER MAKEUP
- PUAN SALMAH -
10 FEBRUARY 2012
DINNER HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti biasa satu jam diperuntukkan untuk menatarias Puan Salmah dan kali ini makeup diadakan di Butik saya sendiri.

Memang saban tahun Puan Salmah akan menggunakan khidmat Diana untuk majlis makan makan malam yang di adakan di tempat kerjanya.

Alhamdulillah, Puan Salmah puas hati dengan hasil yang Diana gayakan dan insya-allah akan bertemu lagi untuk yang sekian tahun-nya.








KUCH KUCH HOTA HAI

SOLEKAN & PERSALINAN INDIA
- MELL MAWAR ALAISYAH -
BUSANA : REDDISHLICIOUS
ZVAS BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~










Monday, February 27, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN "WANIE"

MAJLIS PERTUNANGAN
- WANIE -
AKSESORI & VEIL by BUTIK ANDAMAN D' ANA
LOKASI : TAMAN RAINTREE, BATU CAVES
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Solekan nipis dilayangkan di wajah Wanie antara permintaan beliau. Warna-warna tanah serta sedikit warna pink menceriakan wajah yang putih bersih tanpa celaan.

Berasal dari Perlis dan bakal menjadi suri hati. Tersenyum ceria apabila disarungkan cincin pertunangan di jari walaupun kekasih hati tiada disisi.

Apa yang penting ikatan sudah dimeterai, kini menunggu giliran untuk bersatu.














Monday, February 20, 2012

MUA & TALENT BERKONGSI DI PENTAS YG SAMA

EVENT KERUSI HIJAU "GLAM & GLITZ"
LOKASI : GOLDEN CHERSONESE MEDIA HALL , LEVEL 10, MAJU JUNCTION MALL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TALENT : LIESAEJAN COMEL (LIZA)

Event kali ini memang lain dari yang lain. Mana tak nya Make Up Artis dan Talent berkongsi pentas yang sama. Sama-sama catwalk untuk menarik perhatian juri. Bila dikenang agak kelakar juga kerana dah lama Diana tak melaram lebih-lebih lagi pada majlis makan malam.

Pertemuan dengan beberapa Make Up Artis mengeratkan hubungan kami. Begitu juga talent yang hadir. Rasa rindu untuk bertemu lagi. Apa pun terima kasih kepada my talent kerana memberikan kakak ko semangat di pentas utama.


















Dup dap dup dap...jantung berdenyut kencang


Mendapat liputan dari Majalah Stailista


Saturday, February 18, 2012

NUR REEN DI PENTAS MODELLING

MODELLING & MAKE UP COMPETITION
LOKASI : SUMMIT SUBANG USJ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TALENT : NUR REEN

Untuk pertandingan kali ini sistem undian telah dibuat untuk menentukan Make Up Artis serta Talent yang terlibat. Nur Reen telah terpilih untuk menjadi talent saya untuk pertandingan Make Up dan Nur Reen pula bertanding untuk kategori Modelling.

Masa yang diberikan pada waktu itu adalah 1 jam setengah termasuk pengayaan tudung. Baju pula telah di sponsor oleh Rumah Kebaya. Cabaran memang hebat kerana pertama kali masuk pertandingan yang melibatkan masa. Walaupun tidak berjaya sekurang-kurangnya Diana menimba pengalaman baru bersaing dengan Make Up Artis yang lain.






Teknik gam bulu mata telah digunakan untuk membentuk alis.












Bersama juri, pelakon yang tidak asing lagi Dian P.Ramlee


Hair-do by me for Miss Cheong Sam

Friday, February 10, 2012

NOANNE PERSIS SCHA AL-YAHYA

BRIDAL PHOTOSHOOT FOR MAJALAH STAILISTA
LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TALENT : SITI NOANNE ROSLY

Gadis lincah ni memang sweet orangnya. Susuk tubuh yang tinggi dan mepunyai mata yang cantik serta aura yang tersendiri. Solekkan nipis sudah memadai untuk menaikkan seri wajah yang sudah tersedia cantik ini. Eyeshadow pink purple menjadi taruhan Diana supaya wajahnya nampak lebih anggun. Setelah siap dah macam iras-iras Scha Al-Yahya kan.

Sebenarnya memang Diana tak puas untuk mencantikkan beliau pada hari itu dan jika berkesempatan memang nak make upkan beliau lagi pada masa akan datang. Apa pun terima kasih Noanne.... Hope u like my touch !











Wednesday, February 8, 2012

CIK ASLINDA PERSIS FASHA SANDHA

BRIDAL PHOTOSHOOT FOR MAJALAH STAILISTA
LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE
PHOTOG : HAKMAL RABAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TALENT : CIK ASLINDA
Siapa tak kenal Cik Aslinda yang cantik jelitakan. Bertuah Diana dapat make upkan beliau. Hehehe.. Projek kali ini adalah untuk Majalah Stailista dan Diana dijemput oleh owner Zvas Bridal House sendiri iaitu Rina Zain untuk bersama-sama menjayakan projek ini.

Terima kasih banyak-banyak kerana melihat bakat Diana untuk diketengahkan. Busana kali ini adalah dari Butik Andaman D' Ana sendiri dan didatangkan khas dari Jakarta. Manis sungguh Cik Aslinda dan sekali gus wajahnya persis pelakon Fasha Sandha setelah di make upkan.

Kalau tak caya jom tengok .....