Monday, March 19, 2012

FATIMAH DI MAJLIS PERNIKAHAN

MAJLIS PERNIKAHAN
- FATIMAH -
10 MARCH 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAMAN CHERAS JAYA
Hampir jam 7.30 pagi Diana sudah berada di rumah Fatimah dan seperti tahu2 yang perut Diana tidak di-isi lagi pihak pengantin sudah awal2 menyediakan makanan untuk Diana. Ada meehoon, roti jala, karipap .. wah !! Fatimah begitu perihatin dan memahami. Tak terlarat kalau hendak di-makan.. Alasan Fatimah supaya Diana ada tenaga nanti.

Seperti biasa Diana menjalankan tugas yang di-amanahkan dan Fatimah berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Seronok dapat bekerjasama dengan pengantin yang sangat sporting. Kerja pun jadi cepat dan mudah. Fatimah begitu anggun dengan busana putih yang menjadi pilihan.

Tangisan kedua-dua mempelai, syukuri majlis pada pernikahan membuatkan saya hampir menitiskan air mata. Begitu kuat kasih sayang yang dicurahkan sehingga semua ahli keluarga turut sama menangis kerana gembira anak/adik yang selama ini dijaga sudah di-ijabkabulkan.

Alhamdulillah semuanya berakhir sudah dan jom kita tgk inspirasi Diana buat Fatimah.




Kening tidak dicukur ..











Thursday, March 15, 2012

CHINESE WEDDING "MAY"

CHINESE WEDDING
- MAY -
LOKASI : KOTA PERDANA BANDAR PUTRA PERMAI, SERI KEMBANGAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Special thanks to Hubiela Creative Center for this job. Job yang tidak disangka-sangka dan sememangnya agak last minute serta kebetulan Diana free pada tarikh itu. Moment yang indah kerana buat pertama kalinya mendapat job untuk Chinese Wedding sekali gus menambahkan lagi profile untuk Diana. Kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan dan Alhamdulillah semua berjalan agak balik.

Sesampai sahaja ke rumah May, ahli keluarga beliau agak terkejut kerana Make Up Artist adalah Melayu dan bukannya Cina... hehehe.. Apa pun itu tidak jadi masalah untuk keluarga beliau menerima Diana sebagai tetamu.

Layanan mesra dari mereka merupakan Malaysia sememangnya kaya dengan budi bahasa tidak kira berlainan agama. Hidup 1Malaysia. Hehehhee....

Tiada apa yg hendak Diana coretkan so jom kita tgk gambar yang telah Diana hasilkan.













Monday, March 5, 2012

RITA DI MAJLIS MAKAN MALAM

DINNER MAKEUP
- RITA RAZITA -
1 JAN 2012
TAMAN KOSAS AMPANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah 20 tahun tidak berjumpa kini kami dipertemukan kembali atas urusan business.
Terima kasih kepada Facebook kerana menemukan kami.

Rita adalah kawan sekolah semasa di sekolah menengah dulu. Sejak dari itu hubungan kami terputus sehinggalah FB diwujudkan. Ada baiknya FB ini jika kita buat perkara yang betul. HEHEHHE....

Berbalik pada tugas Diana, seperti biasa memenuhi kehendak pelanggan.
Terima kasih Rita, semoga kita berjumpa lagi.