Monday, March 19, 2012

FATIMAH DI MAJLIS PERNIKAHAN

MAJLIS PERNIKAHAN
- FATIMAH -
10 MARCH 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAMAN CHERAS JAYA
Hampir jam 7.30 pagi Diana sudah berada di rumah Fatimah dan seperti tahu2 yang perut Diana tidak di-isi lagi pihak pengantin sudah awal2 menyediakan makanan untuk Diana. Ada meehoon, roti jala, karipap .. wah !! Fatimah begitu perihatin dan memahami. Tak terlarat kalau hendak di-makan.. Alasan Fatimah supaya Diana ada tenaga nanti.

Seperti biasa Diana menjalankan tugas yang di-amanahkan dan Fatimah berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Seronok dapat bekerjasama dengan pengantin yang sangat sporting. Kerja pun jadi cepat dan mudah. Fatimah begitu anggun dengan busana putih yang menjadi pilihan.

Tangisan kedua-dua mempelai, syukuri majlis pada pernikahan membuatkan saya hampir menitiskan air mata. Begitu kuat kasih sayang yang dicurahkan sehingga semua ahli keluarga turut sama menangis kerana gembira anak/adik yang selama ini dijaga sudah di-ijabkabulkan.

Alhamdulillah semuanya berakhir sudah dan jom kita tgk inspirasi Diana buat Fatimah.




Kening tidak dicukur ..











No comments: