Wednesday, May 23, 2012

BUSANA BIRU - NADIA HANA

NADIA HANA | MAJLIS SANDING | 18 MARCH 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WANGSA MAJU

Pelamin indah menyambut kedatangan kedua-dua mempelai yang baru sahaja disatukan sebagai suami dan isteri. Ahli keluarga tersenyum kegembiraan tak kala anak kesayangan kini menjadi milik orang dan sesungguhnya mendoakan mereka menjadi pasangan bahagia. Walaupun tanpa alunan kompang serta merenjis kerana dilakukan dikawasan masjid tidak menghampakan kerana majlis berlangsung dengan kemeriahan.

Tatarias kali ini sedikit warna biru diberi penekanan untuk mendapatkan sedikit persamaan dengan busana pengantin. Busana yang di datangkan khas dari Butik Andaman D'Ana begitu sepadan dengan Nadia dan memberikan aura seri pengantin itu sendiri.

Terima kasih kami ucapkan kepada pasangan kerana memilih Butik kami untuk merealisasikan impian perkahwinan anda.

Jom kita tengok koleksi gambar dari camera Diana sendiri serta Photographer dari RafieqPhotography.






















Wednesday, May 9, 2012

SERI WAJAH NADIA

NADIA HANA | MAJLIS NIKAH | 18 MARCH 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WANGSA MAJU 

Nadia adalah seorang guru yang bertugas di Pasir Gudang, Johor dan rupanya jodoh pertemuan telah menemukan beliau dengan suaminya yang bertugas sebagai guru di tempat yang sama.

Tidak sukar untuk menyolekkan Nadia kerana Nadia mempunyai kulit yang bersih, mungkin kerana baru selesai membuat rawatan wajah yang telah Diana sarankan untuk semua mempelai. Sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan seri wajah seorang pengantin agar berseri pada hari bahagia. Bukan sahaja rawatan wajah penting untuk menaikkan seri bahkan urutan badan juga membantu untuk memberikan kesegaran supaya mempelai ceria sentiasa.

2 jam telah diperuntukkan bagi memberi laluan untuk Diana menjalankan tugas sebagai jurusolek. Warna yang tidak keterlaluan memainkan peranan yang penting agak wajah tidak terlalu garang. Cukup sekadar menggunakan warna-warna yang lembut agar nampak manis dan tidak jemu dipandang.