Sunday, September 16, 2012

NADIA - BIRU MENJADI PILIHAN


NADIA | MAKE UP SANDING | 1 SEPTEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERAMAT WANGSA

Untuk make-up kali ini seawal jam 6 petang Diana sudah berada dirumah pengantin. Seperti biasa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku lebih baik Diana datang awal walaupun majlis berlangsung pada jam 8.30 malam.

Malam itu Nadia memang berseri2 sekali dan sekali sekala dipuji oleh suami Nadia yang sentiasa menemani disisi. Sedikit glitter diletakkan dibahagian mata bagi menampakkan kelainan. Warna lipstick merah dikenakan supaya Nadia tidak nampak pucat pada malam itu.

Persandingan yang berlangsung pada malam itu memang meriah sekali. Di-iringi kompang serta bunga api yang saksikan oleh para jemputan. Diana juga berada sehingga majlis santapan berlangsung bagi memantau apa yang perlu sehinggalah Nadia serta Firdaus selamat disinggahsana.

Terima kasih di-ucapkan kepada pasangan mempelai kerana memilih Butik Andaman D' Ana bagi merealisasikan impian mereka. Alhamdulillah.