Sunday, December 30, 2012

MAJLIS NIKAH WAHEDA | 22122012

CLIENT : WAHEDA
TARIKH : 22 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERAMAT WANGSA, KUALA LUMPUR

Pakej : Make up Nikah + Aksesori + Alas Nikah + Bunga Tangan + Photographer

Tanpa mencukur kening dan tanpa bulu mata palsu, saya cuba buat yang terbaik.
Untuk make up nikah, saya telah membuat natural yang boleh agar wajah pengantin tidak kelihatan pucat. Warna purple serta pink menaikkan seri wajah bahkan pengantin ini tidak pernah bersolek tebal. Pada permulaan beliau agak takut pada wajah sendiri, setelah melihat cermin dan akhirnya beliau semakin berkeyakinan melangkah keluar bahkan semakin ceria dengan aksi spontan beliau. Inilah dia wanita muslimah yang bergelar Ustazah yang tidak pernah mengenakan alat solek akhirnya didera oleh saya. Hehehehehe ... memang happening dan sangat manja orangnya.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi;

Blog : www.usahajayadiana.blogspot.com
FB Pages : Butik Andaman D' Ana
HP | WhatsApp : 012-663 7742 (Diana)


Monday, December 24, 2012

PRIVATE DINNER | PUAN SURYA

CLIENT : PUAN SURYA | 8 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SETAPAK, KUALA LUMPUR


Make Up kali ini Diana telah direcommendkan oleh Kak Rai sewaktu Diana mekapkan beliau pada Majlis Cukur Jambul di Felda Villa hari itu. Tak sangka make up Diana menjadi tatapan mereka dan sekali gus mereka inginkan perkhidmatan Diana untuk majlis-majlis akan datang. Syukur pada Allah, kerana percaya pada bakat Diana yang tidak seberapa ini.

Ok, berbalik pada customer yang dimaksudkan ialah Kak Surya atau dipanggil Kak Sue sahaja. Sebenarnya Kak Sue memang sudah sedia cantik, cukup solekkan sederhana menaikkan seri wajahnya. Atas permintaan Kak Sue inginkan solekkan sederhana dan inginkan warna-warna tanah. Atas saranan itu warna coklat ke-emasan serta sedikit warna pink dan peach sudah memadai.
 
Pada jam 12.35 malam, Diana menerima SMS dari beliau mengucapkan terima kasih dan ramai yang memuji solekkan Diana pada malam itu.

Alhamdulillah, pada Allah sahaja Diana panjatkan syukur. Ok, jom kita tengok karya-karya Diana untuk tatapan kalian.
 




Saturday, December 15, 2012

NIK HAFIDZA | ARABIC NITE

  CLIENT : NIK HAFIDZA | 8 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUSANA / AKSESORI / LOKASI : BUTIK ANDAMAN D' ANA


Ni-lah customer saya yang paling setia. Dari mekap tunang, nikah, serta majlis kawin perkhidmatan saya masih diterima hingga beliau menyewa baju victoria, lenga dan kali ni Arabic pulak untuk majlis dinner. 
Semuanya dari Butik kami. Bermakna sudah banyak tahun, dia masih menerima perkhidmatan saya. Yg uniknya kali nie, beliau minta dimekapkan untuk Arabic. Sebelum ni just sewa baju jer utk Victoria & Lenga. TQ so much Nik Hafidza....





Untuk sebarang tempahan atau ingin menyewa pakaian ini boleh hubungi;
Blog : www.usahajayadiana.blogspot.com
FB Pages : Butik Andaman D' Ana 
HP | WhatsApp : 012-663 7742 (Diana)

Tuesday, December 11, 2012

PHOTOSHOOT - CATALOG 2013 (BELLA) PART 2

TALENT : FABELLA LUNA | 1 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUSANA ; LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE | BUTIK ANDAMAN D' ANA
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
 
 
 
 

Friday, December 7, 2012

PHOTOSHOOT - CATALOG 2013 (BELLA)

TALENT : FABELLA LUNA | 1 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUSANA ; LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE | BUTIK ANDAMAN D' ANA
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
Gadis berusia 21 tahun yang digelar "Bella" begitu manis orangnya.
Muda, bergaya dan mempunyai karisma tersendiri lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan lensa camera.
Sebelum ini memang "Bella" belum pernah lagi beraksi dengan pakaian pengantin dan beliau sangat-sangat teruja sekali. Jom kita tengok wajah ceria "Bella" dari lensa camera saya sendiri.



Monday, December 3, 2012

PHOTOSHOOT - CATALOG 2013 (FARIZA)


TALENT : FARIZA RAMLI | 1 DECEMBER 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUSANA ; LOKASI : ZVAS BRIDAL HOUSE | BUTIK ANDAMAN D' ANA
AKSESORI : BUTIK ANDAMAN D' ANA
Apabila berpeluang untuk menatarias memang sangat dinantikan oleh saya. Bermain dengan warna warni, berus berbagai bentuk memberikan saya bebas berkarya. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan bagi seorang jurusolek. Tugasan yang diberi untuk mencantikkan seseorang memang mencabar. 
Apatah lagi jika seseorang itu memiliki wajah yang bermasalah dan memerlukan ketelitian yang lebih.
Kepakaran jurusolek adalah menghasilkan wajah yang tidak jauh dari rupa bentuk asal. Kita bukan sahaja mencantikkan mereka lebih cantik bahkan menjadikan mereka lebih berkeyakinan bila berdepan dgn orang ramai.
Berbalik kepada photoshoot kali ini, Fariza gadis yang agak pendiam tetapi begitu fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.  Pandai bermain depan camera adalah satu kelebihan buat beliau.
Jom kita tgk hasil dari tangan saya, hanya gambar ini sempat diambil melalui camera sendiri. Selebihnya, kita tunggu dari Official Photographer.